Monday, 18 February 2013

Kiamat Sudah Dekat

Assalamualaikum

Kiamat! bila dengar je perkataan kiamat. Allahurabbi, takut, gerun..semua perasaan ada. Allah.
Andai kata kiamat itu pada hari jumaat akan datang, adakah aku sudah bersedia? adakah amalan aku sudah cukup untuk menyelamatkan aku dari segala siksaan & azab Allah?..

Sekiranya kiamat itu pada jumaat akan datang, mungkinkah hari esok masih ada untuk aku untuk terus memohon keampuan & bertaubat kepada Allah? atau mungkin malam ni merupakan malam terakhir bagiku di sini, di dunia ini? Aku tak tahu...hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Sekiranya kiamat itu pada jumaat yg akan datang, dalam golongan apakah aku akan dibangkitkan? golongan yang soleh atau golongan yang dimurkai Allah atau mungkin aku bersama dengan kumpulan manusia yang aku agung2 kan, yang aku jadikan idola di dunia; artis. Adakah Rasulullah akan mengurniakan mukjizatnya untuk membantu memberatkan timbangan amalan kebaikan aku di akhirat kelak? atau mungkin juga Baginda tidak akan mengaku bahawa aku ini umatnya oleh sebab perbuatan aku ketika hayat aku, nauzubillah...Allah..Allah..Allah

Bilakah kiamat akan berlaku? hanya Allah yang tahu tetapi yang jelas tanda-tanda kiamat itu sudah ada.
Muhasabah diri,perbaiki apa yang sepatutnya selagi masih ada masa. Bagi yang masih belum tengok video ni, just spend for about 10minutes to watch the video. 10 minit untuk video yang bermanfaat, takkan dikira membazir masa juga? Semoga Allah kurniaakan yang terbaik buat kita & juga ahli keluarga kita. Amiin.








Sunday, 17 February 2013

:(

Assalamualaikum


R . I . N . D . U

...is missing everybody, everything :'(

Friday, 15 February 2013

The cycle

Assalamualaikum.

"Life is like a circle, and someday if we travel in opposite directions on the circle we will meet again."-Todd L. Bradbury


Same goes to the kindness. If we did a good deed for other person's sake, it's not possible for  other people to do the the same thing for us in future. You get what you give. Spread the kindness :)




a must-watched video


#SalamJumaat

Thursday, 14 February 2013

Petua Awet Muda

Assalamualaikum

Nak nampak muda dan berseri, cuba petua yang bakal aku kongsikan ni. InsyaAllah berkesan. Sebenarnya aku baru je terbaca petua ni, tak pernah try lagi. so nak share jugak. hee..

**************

AMALAN ZIKIR UNTUK AWET MUDA DAN CANTIK BERSERI

Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.

Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
1. Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.

2. Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam



sumber: Oh My Islam

selamat mencuba!

Magis sepotong ayat

Assalamualaikum

Rasulullah, s.a.w bersadba: "Sampaikanlah dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari


Kadang-kadang satu potong ayat yang bermanfaat yang kita sampaikan ataupun kita share tu mampu untuk menyedarkan seseorang. Siapa tahu, Allah nak sentuh hati seseorang supaya berubah melalui ayat yang kita sampaikan. Tak kiralah siapapun kita, walaupun kita bukan seorang yang bergelar ustaz mahupun ustazah tetapi tugas dakwah tu adalah tanggungjawab semua selagi bergelar islam. Aku cuma nak kongsikan satu kisah yang aku kopipasta dari salah satu page di FB mengenai seorang muslimah yang berubah dan sedar melalui post-post agama yang dikongsi oleh admin salah satu page di FB (aku kurang pasti page apa), Subhanallah. . Semoga perkongsian ini bermanfaat, InsyaAllah.



    **********



Assalamualaikum Admin,


Sebelum itu, saya nak ucapkan terima kasih buat admin yang banyak mbuka mata & hati saya untuk menutup aurat dengan sempurna. Sebelum ni saya memang sambil lewa sahaja dalam bab menutup aurat dengan sempurna. Bertudung biasa tapi baju masih ketat & singkat.. MasyaAllah.. tetapi selepas setiap hari melihat post2 admin.. lepas tu, ke sana sini bila terjumpa wanita bertudung labuh saya sangat2 tertarik.


Saya juga terfikir kenapa perlu sy bertelekung bila nak solat? selepas solat saya tanggalkan telekung.. maknanya, pakaian saya ni belum cukup sempurna untuk dipakai ketika solat. saya rupanya dah lama sedar, tapi buat2 tak tahu. suatu hari saya nyatakan pada suami.. dia sangat2 gembira kerana dia pernah memasang impian untuk mencari isteri yang bertudung labuh.

kenyataan suami membuatkn hati saya terus bersemangat, tapi biasa la bisikan syaitan tetap ada. ah, boleh ke aku nak cover semua ni? nanti macam mana baju2 kebaya, peplum yang cantik2 ni? nanti orang tak nmpak la aku dah kurus.. nanti bertudung labuh aku nampak gemuk. macam mana family kalau nampak nanti? mesti kena perli jadi ustazah.. aku ni bukan pandai agama sangat tapi nak pakai tudung macam ustazah.. macam poyo je.. 

Astahfirullah al azim.. kata2 tu sangat2 mengusik hati & fikiran saya. suami nasihatkan, jika nak berubah, mari kita ke kedai sekarang.. kita cari & beli tudung labuh. satu perubahan besar dalam hidup saya.. saya rahsiakn pada sanak saudara, adik beradik & rakan2. Alhamdulillah, tidak dapat digambarkan dengan kata2 sy bertudung labuh, berstokin & bersarung tangan demi MU YA ALLAH.. tak pernah saya rasa selamat & selesa sepertt ini sebelum ini. 

YA ALLAH maha mengetahui betapa indahnya cara ALLAH memelihara wanita. saya korbankan semua pakaian2 & tudung2 yang lama yang tidak sempurna. di dalam almari cuma ada baju kurung, jubah & jubah seluar. gambar2 yang tidak sesuai di fb saya dah deleted semuanya. senang sangat bila keluar jln2, nak solat tak perlu cari telekung lagi. pakaian yang dipakai saya dah boleh guna untuk solat. buat suami, keluarga & sahabat.. saya bukan la insan yang sudah cukup ilmu agamanya, saya cuma insan yang ingin memperbaiki kekurangan diri ini utk mencari keredhaanMU YA ALLAH..





Sesungguhnye tudung labuh itu bukan lah menjadikan kamu solehah, tetapi takwa kepada Allah.



Wednesday, 13 February 2013

#PesanBuatDiri

Assalamualaikum.

Sekiranya hati kita terdetik untuk berubah, itu maknanya Allah telah sentuh hati kita, itu tandanya Allah telah memilih kita untuk menerima hidayah daripadaNya. Maka , bersyukurlah kerana kita insan yang terpilih. Subhanallah. Jangan rasa ragu-ragu untuk berubah , jangan malu untuk berubah, jangan bimbang akan pandangan orang sekeliling kita kerana kita tak mampu untuk puaskan hati semua orang . Berubahlah sebelum malaikat Izrail datang menjemput kita. Berubahlah selagi berpeluang & berkesempatan :) 




sumber: FB ukhti Haslinda Alias


#SalamMaghrib



Sunday, 10 February 2013

Edisi Khas: Bayi Februari!

Assalamualaikum

Bayi februari? haa, saja nak abadikan hari lahir sahabat-sahabat yang aku kasihi dalam blog aku yang tak seberapa ni. Basically, diorang ni semua lahir bulan februari 1993. Alhamdulillah dah 2 dekad dah umur kawan-kawan aku ni semua. Okay, meh aku mulakanya:


1) 08 Februari 93- Fendi



Aku kenal beliau masa aku masuk sekolah menengah, bulan 4, masa tu baru form 1. Beliau ni antara study mate aku masa sekolah haritu. Ketua kelas kitorang masa sekolah menengah dulu-dulu. Bergiat aktif  dalam sukan seperti sepak takraw & bola sepak. Oh ya, beliau sekarang tengah tunggu result stpm. Semoga beliau memperoleh keputusan yang cemerlang. Amin. 
Selamat Hari Lahir Fendi!


haa, niha study mates aku, yang perempuan tu nama dia Biela, lelaki baju putih tu Azmir,
yang baju merah tu pulak Fendi & tengah gigit jari tu Syafawi. 



2) 09 Februari 1993- Shakirah



Si gadis bertudung merah jambu yang sweet mweeet ni sahabat baru aku, kira barulah sebab baru kenal. Tapi takdelah baru sangat, bulan 8, 2011. Eh? apa hal dengan ayat aku ni..apa2 jela. Beliau classmate aku dekat UCSI ni. Orangnya baik! Semoga dapat teman pengganti yang terbaik :)
 Happy birthday Shak!



3) 10 Februari 93- Syafawi, Abrar & Ferini


Nama beliau Syafawie & kitaorang biasa panggil dia pawie atau awie,. Classmate aku since form 1 sampai la form 5 dan beliau juga merupakan study mate aku sama macam Fendi. Beliau dengan fendi tu 1 geng la masa sekolah dulu, sekarang pun masih lagi geng! Oh ya, Awie ni dulu masa form 1 sampai form2 oatau 3, dia seorang yang chubby, comel je. lepas tu beliau kurus & hensem terus ramai yang suka :p haha..baik & pemalu orangnya! semoga kau pun lulus dengan cemerlang stpm nanti:)
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Pawie!



Ha, tudia Abrar! beliau pun pernah jadi classmate aku. Lepas form 3 beliau tukar ke sekolah menengah teknik vokasional, tak lama lepas tu tukar semula ke sekolah lama, muahaha..Beliau ni pun baik orangnya, aktif bersukan! Semoga kau berjaya dapat apa yang kau impikan :)
Happy bestday Abrar!




Next, another sahabat yang share tarikh birthday yang sama iaitu Ferini atau lebih mesra dengan panggilan Nini. Orangnya kecil je, berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang. Beliau pun classmate aku dekat sini. Kiut orangnya! Semoga dikurniakan kesihatan yang elok :)
Sanah Helwah Nini!




4) 20 Februari 93- Saleha & Dayang



Saleha, si gadis tinggi lampai. Beliau merupakan rakan sekolah aku masa sekolah rendah dulu. Sekarang beliau merupakan mahasiswi UMT, kos,,,,(aku lupa dah). orangnya baik dan peramah! Semoga menjadi wanita yang solehah seindah nama diberi :)
Selamat Hari Lahir Saleha!



Nama penuh beliau Dayang Dang Puri. Unik kan? orangnya pun cantik . Seorang gadis bertubuh  kecil molek. Sangat peramah! Beliau pun rakan sekolah & classmate aku masa sekolah menengah. Kitaorang kenal masa Form 2, masa tu beliau baru pindah dari SMK Damak. Currently beliau study dekat UiTM Pahang. Semoga Dayang pun antara pelajar yang di listkan dalam senarai Dekan ye :)
Happy Birthday Dayang!




5) 23 Februari 93- Azmir



ha, beliau merupakan olahragawan sekolah. Acara sukan dekat sekolah memang beliau yang conquer. Part yang orang lain tak boleh nak lawan beliau adalah lumba lari & lompat tinggi. Tetapi, sekarang aku tak tahu la plak, kot2 beliau dah bersara dari bersukan. Rasanya tak kot. Azmir classmate aku since form 1-5, kitaorang satu rumah sukan masa sekolah dulu, Jeram Nusa (rumah biru). Beliau pun study mate aku sama macam Fendi & syafawi. Dan diorang bertiga ni pun kawan baik. Baik & sangat kelakar orangnya! Semoga kau pun memperolehi keputusan stpm yang kebabooo eh :)
Happy bornday Azmir!



6) 26 Februari 93- Rizman


Okay, jejaka hitam manis yang lengkap berbaju melayu ni merupakan classmate aku masa dekat UIA haritu. Classmate untuk kelas BI je la. Kalau tak silap aku, beliau sorang je lelaki dalam kelas BI tu. UIA susun kelas kan ikut result EPT, so maybe level English beliau sama dengan kitaorang. (bukan maybe, confirmed dah tu!) Tula beliau sorang2 je sesat dalam kelas yang dipenuhi kaum hawa. Lepas budak 2nd intake masuk, baru la bertambah lagi 4 orang jejaka dalam kelas BI tu. so, Rizman pun tak lah keseorangan. Aku pun tak sempat nak rapat dengan beliau, berborak dalam kelas pun jarang sekali,kalau ada benda penting baru cakap. Lagipun aku pindah dari UIA bulan 8, sempat belajar dekat situ lebih kurang 3 bulan je, so tak sempat la nak kenal sangat. Apapun, semoga perjalanan pengajian degree kau dipermudahkan. 
Sanah Helwah Rizman!


Semoga korang semua menjadi anak yang soleh & solehah
dan seterusnya berjaya di dunia & di akhirat. Amiin.



pssttt: Nini, Shak,Abrar & Rizman, I stole your picture from Fb & hopefully you guys don't mind & will forgive me, Thanks.

Sendirian

Assalamualaikum

Dah 3 hari sendirian dalam bilik dekat campus ni, aku tak balik pun walaupun cuti 4 hari sempena CNY ni sebab haritu ingatkan BIG akan diadakan pada raya cina, lepastu tiba-tiba cancel pulak. Memang sengal! kalau aku tahu nak cancel aku tak payah la susah2 pergi cari tiket untuk balik  masa cuti maulidur Rasul haritu sebab cuti pun sekejap je. Bazir duit untuk tiket je, aku terpaksa berkira bab2 tiket sekarang ni sebab tu guna duit abah&ma, kalau duit elaun memang tak kesah la. Takkan aku  asyik nak minta duit je, rasa bersalah dah ni dekat parents..Hmm,harap-harap BIG nanti tak dibuat pada cuti mid semester la..tolonglah jangan nak kacau cuti seminggu tu! T_T. Memang aku sangat2 berkira bab cuti ni sebab rumah aku jauh kot, makan 7,8 jam jugak nak sampai bukannya sekilometer dua jaraknya. 
                                                   
                                                              *************

"Tinggal sorang2 tak takut ke?" kalau dulu,aku sememangnya penakut, tidur pun dengan lampu yang terbuka kalau roommate balik rumah tapi sekarang tak dah sebab dugaan yang aku hadapi selama ni banyak mengajar diri aku supaya lebih bersabar & kuat. Pengalaman tu kan guru yang terbaik buat diri kita :). Abah pun selalu pesan, kena selalu berani dalam apa2 perkara, jangan tunjuk sangat yang kita ni takut sebab nanti senanglah orang lain nak memanipulasi rasa takut kita tu...Rasa takut tu boleh diatasi, sentiasa lah ingat dekat Allah, Allah kan jaga kita, InsyaAllah, Allah juga jaga kita dari kejahatan makhluk2 ciptaanNya tu.

Masa kecik dulu-dulu, aku sangat2 impress dengan gologan tua macam nenek, abah,& ma aku sebab diorang tak takut pun pergi mana-mana sorang2. Nenek pun steady je jalan kaki sorang2 pergi masjid time malam, tak takut pun. Aku pernah la tanya nenek aku, "wan, tak takut ke jumpa hantu nanti masa jalan kaki sesorang pergi masjid tu?",wan pun jawab " Nak takut apa. Allah tu nampak kita. Nanti kita mati pun kita sorang2 juga duduk dalam kubur, lagi gelap, takde orang nak teman kita masa tu".

Sesungguhnya Allah Ta’ala pernah berfirman :

“Dan Sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagai mana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia) apa yang telah Kami karuniakan kepadamu” (QS. Al-An’am: 94)


sumber: gambar sendiri, edit sendiri :p

pssttt: Janganlah takut sangat kalau terpaksa tinggal sorang2 sebab mati nanti pun sendirian juga :) #ReminderToSelf




Wednesday, 6 February 2013

buat Adam & Hawa

Assalamualaikum




Renungan buat kita yang bergelar muslim. Bukan mudah untuk seorang lelaki yang bergelar ayah, suami, mahupun abang untuk masuk syurga. Selagi isteri & anggota keluarganya belum dihisab & dipersoalkan , maka lelaki itu belum layak untuk ke syurga milik Allah S.W.T. Allahuakbar,  besar sungguh tanggungjawab  yang Allah amanahkan buat insan yang bergelar seorang lelaki ni, di dunia mereka perlu pikul tanggungjawab untuk menyara keluarga, memastikan keluarga terjaga & di akhirat juga mereka perlu bertanggungjawab ke atas setiap perbuatan yang dilakukan oleh isteri mahupun ahli keluarga mereka.

Wahai lelaki, jalankan amanahmu dengan sebaiknya. Didik dan perintahkanlah ibu, isteri, anak, adik perempuanmu untuk menjalankan perintah Allah dengan sebaiknya. Tugasmu bukan sahaja untuk melengkapi mereka dengan keperluan di dunia, malah bekalan akhirat juga perlu dititikberatkan. Jangan jadikan "sibuk" sebagai alasan buat kamu untuk melupakan amanah yang seharusnya kamu laksanakan itu. Jangan berharap mereka mendirikan perintah-Nya; sedangkan dirimu sendiri lalai terhadap-Nya. 


Bagi insan yang bergelar ibu, isteri, anak & adik perempuan, ayuh, kita bantu orang yang kita sayang  
untuk mengapai jannah Allah. Kalau betul-betul kita sayangkan ayah, suami, abang atau adik lelaki kita, buktikan kasih sayang kita dengan melaksanakan segala perintah Allah, jadilah wanita solehah. Ingat! tujuan kita hidup adalah untuk beribadah kepada Allah. Ibadah yang kita lakukan itu adalah sebagai tanda syukur & terima kasih kita terhadap pencipta kita yang Maha Esa kerana kurniakan kita dengan begitu banyak nikmat terutama nikmat hidup. Sanggupkah kita untuk menjadi penyebab bagi orang yang kita sayang masuk ke neraka bersama kita sedangkan mereka sebenarnya layak ke syurga tetapi disebabkan khilaf & dosa kita di dunia, kita telah menarik mereka untuk ke nereka bersama-sama..nauzubillah. 

Sekadar muhasabah & peringatan buat diri. Sekiranya ada yang salah dalam entry ini, mohon diperbetulkan. Aku masih belajar & akan terus belajar untuk memperbaiki diri aku. . 
 ]


Terima kasih





Tuesday, 5 February 2013

"tidak dapat bau syurga"



Assalamualaikum. 

"tidak dapat bau syurga pada hari kiamat" Allahurabbi, takutnya..Sedangkan syurga itulah yang menjadi buruan. 

Ayuh perbetulkan niat!



sumber printscreen: facebook

REBLOG: Kisah Seorang Pelajar IPTA



Assalamualaikum
Terpikat dengan kisah ini. It's an inspirational experience!. So, aku nak reblog la kisah ni, aku nak kisah ni terus kekal dalam blog aku sebab ianya banyak bagi pengajaran kat aku yang masih lagi dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik, kini aku semakin yakin dengan pilihan aku. oh ya, kisah ni aku copipasta dari blog saudara Putera Izman . Nanti ada masa, BW la kat blog beliau. :)



Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pelajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah.

Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung labuh suatu masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala hana tajima, niat itu terkubur.Balik dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. 

Dan sungguh, betul lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!Seperti rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari Jumaat aku akan ‘ stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi masa cutiku bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan belanja. Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya. Kakak ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. 

Suatu hari, dia keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku untuk menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku terpana pada sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung di penjuru biliknya. Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung labuh itu dan memakainya. Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku melihat diriku sangat perlukan tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah yang Engkau rancangkan untukku, permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan menjadi seorang muslimah sejati kelak. Aminnnn!Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. 

Selepas kesedaran itu, setiap hari yang aku lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu. Aku log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita yang solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.Aku teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah dan khususnya tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku bertambah dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi lelaki dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu. Aku tidak sanggup. Aku mahu dia merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan redhaMu. Aminn!

Dengan keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri juga menggunakan tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari pertama peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang menyindir, memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku kuatkan diri juga, kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab yang menanti di sana. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah untuk kekuatan ini.Hari kedua menggunakannya, aku semakin selesa.

 Seorang kawanku bertanya, kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki. Ingin aku katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan berdoa, semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.Dulu sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat fardhu sahaja, dan kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung ini sangat memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. 

Aku mula mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah semula, puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak dengan dakwah di FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan berilmu sangat, aku tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau sepotong ayat ’’ dan juga ‘’ bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata ini, dakwah itu amanah. Walaupun sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku ambil sebagai pembakar semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.

Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah.



Credit to : Putera Izman Dot Com
                                                     



Monday, 4 February 2013

#random

Assalamualaikum



Whether you're too big or too small. Too short or too tall. Too dark or too light. You are just right for the one who truly loves you.

Just because you're pretty (right now) that doesn't mean you're going to stay beautiful forever.

Accept the ones you love for who s/he is, not because of what s/he has.


#Gnight

Nikmat yang sering dilupakan

Assalamualaikum.

I am a muslim by chance. Allah gives me the chance to be born in a muslim family, to be a muslim. Alhamdulillah. If I was not born as muslim, Islam will be a choice for me. But, would I find Islam as the best way of  my life if I was not a muslim? Am I gonna get the hidayah like other lucky non-muslims to embrace Islam? Would Allah sent me a person to guide me to HIS path?  nauzubillah. I just can't imagine, what would happen to me if Allah let me born as a non-muslim. Allahurabbi...

Being a muslim is the greatest blessing for me. Subhanallah..Thank you ya Allah! :)

 

Ya Allah, janganlah sesekali Engkau pesongkan hatiku dari agamaMU, 
Peliharalah aku, tetapkanlah imanku kuatkanlah setiap langkahku menuju ke arah kebaikan,
berkatilah setiap perbuatanku kerana sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Berkuasa ke atas setiap ciptaanMu..Amiinn


If I am not a muslim now, what would I be? #somethingtoponder



Sunday, 3 February 2013

SEGMEN: Blogwalking & Kenali IPT

Assalamualaikum.

Hai korang yang cantik, manis, hensem, kacak & etc,tolong rajinkan diri anda tekan SINI . Terima kasih :)



Kepada sesiapa yang sudah atau pun sekarang ni masih lagi menuntut di IPT, jom join segmen adik Husna Umairah . Segmen yang sangat berguna, sambil-sambil kita ber-blogwalking, kita juga dapat mengenali IPT-IPT yang ada dekat negara ni di samping dapat membantu Husna & calon-calon spm 2012 yang lain yang tengah mencari maklumat tentang IPT kan. Okay, meh aku ceritakan serba sedikit tentang IPT, tempat aku menimba ilmu sekarang ni.

IPT yang bakal aku kongsikan ni adalah IPTS iaitu UCSI University (University College Sedaya International).               
                                                         SELAMAT DATANG :D 


pintu masuk UCSI kampus Terengganu

bangunan admin



UCSI University ni ada 3 kampus iaitu kampus Kuala Lumpur, Terengganu dan Sarawak. Kampus utama adalah di  Cheras, Kuala Lumpur. Maybe ramai yang tak pernah dengar pasal UCSI ni sebab aku  sendiri sebelum ni pun tak kenal UCSI sehinggalah aku dapat tawaran untuk sambung belajar dekat sikit selepas spm. Aku sekarang berada di kampus Terengganu, kampus dekat sini kecil je, baru ada 3 bangunan, masih lagi dalam pembinaan dan terletak di daerah Marang & bersebelahan dengan kolej TESDEC. 

Kampus Terengganu ni terletak agak pedalaman (tak pedalaman mana pun), terletak di atas bukit & tengah-tengah hutan. Tapi jangan risau, keselamatan korang pasti terjamin, InsyaAllah. Dari kampus ke bandar Terengganu pun tak jauh sangat, dalam 20-30 minit je. Transport nak ke bandar pun disediakan 2kali sehari. Tapi kalau nak keluar ke mana-mana tempat bila-bila masa pun boleh. Even terletak di tengah-tangah hutan tapi kemudahan yang ada dekat sini boleh dikategorikan sebagai tiptop jugak tau ( bagi aku). Antara facilities yang ada dekat kampus Terengganu ni, korang boleh terjah dekat SINI . Staffs dekat sini pun baik-baik belaka. :)

Kampus Terengganu ni tak menawarkan banyak kos, ada lebih kurang 4 kos je (yang aku tahu)  sebab kampus masih lagi kecil, tak mampu lagi nak menampung bilangan students yang ramai. Dekat sini ada kos medic, early childhood, english& education, oil & gas management & business (kalau tak silap aku la). Kampus dekat KL memang banyak pilihan. Antara kos yang ditawarkan dekat UCSI ni korang boleh tengok dekat SINI . Untuk accomodation pulak korang boleh tekan SINI . Kalau nak tahu lebih banyak maklumat tentang UCSI ni korang boleh layari terus alamat web utama UCSI University ye. 

Oh ya, lecturers dekat sini pun okay jugak, korang akan diajar oleh lecturer tempatan dan juga antarabangsa dan bahasa pengantar dekat sini mesti lah Bahasa Inggeris (nak cakap melayu,siam,kelatan,perak & etc pun takpe je) B. Inggeris digunakan bagi menghormati international lecturer dan students yang ada dekat sini. Kalau guna bahasa kita ni, takut dorang terasa (biasa kalau guna BM atau apa-apa loghat, dorang ingat kita kutuk dorang) Dekat sini aku ambil kos pendidikan; Bachelor of Education (Hons) in Primary English, kalau di BM kan kos aku ni bunyi pelik pulak. Aku belajar dekat sendiri bukan dengan duit sendiri mahupun sponsor dari ayah & mak aku. Bahagian Pendidikan Guru yang tolong bayarkan. huk.. Alhamdulillah, rezeki.. kitaorang ni kiranya pioneer & first batch untuk program baru ni (collaboration antara government dengan IPTS). 

Macam panjang je entry aku nih, nanti Husna taknak baca pulak..huhu. Okaylah, meh aku sajikan beberapa gambar untuk korang;

blok asrama & setiap level ada pantry yang dilengkapi 
dengan peti ais,microwave,water filter &etc


lecture theater 
(gambar kawan2 masa mula daftar tapi aku takde dalam 
gambar ni sebab daftar lewat seminggu)

laundry room
(bagi yang malas basuh baju)

1 bilik 2 orang, bilik berhawa dingin,kipas pun ada jangan risau
(gambar masa mula2 datang sini sebab tu nampak kosong lagi,
 sekarang dah penuh dengan banyak benda,hee)

meja study pun luas , almari pun besar( takde dalam gambar)

Ada lagi 3tahun 8 bulan untuk tamatkan pengajian dekat sini
semoga dipermudahkan, Amiin.

Kepada semua calon spm 2012, aku doakan semoga korang semua meperoleh result yang terbaik seperti yang korang harapkan., teruskan berdoa ye, InsyaAllah, kejayaan tu pasti milik korang. Harap-harap entry aku yang panjang & serba kekurangan ni berguna sebagai rujukan sampingan untuk korang yang sedang mencari maklumat tentang IPT  eh. Selamat maju jaya semua! 


anything? feel free to leave your comment here ^^





Saturday, 2 February 2013

apabila rindu menyapa


Assalamualaikum.

Tadi masa tengah cari-cari lagu dekat youtube, terjumpa lagu nih. Tajuk dia 'Rindu',Nur one & Hafiz Hamidun yang nyanyi . Dengar je lagu ni terus rasa nak nangis sebab teringat dekat arwah akak. Tiba-tiba rasa rindu dekat arwah kaklong :'(  Arwah meniggal ketika usia 4 tahun dan masa tu aku baru 2 tahun. Kitaorang sangat rapat masa kecil sebab jarak usia pun tak jauh. Walaupun hanya sempat hidup bersama arwah selama 2 tahun je tetapi kenangan dengan kaklong banyak sangat (berdasarkan gambar2 dalam album). Ya Allah, betapa aku rindu dekat arwah...Semoga arwah sentiasa tenang disana.
& Semoga kami sekeluarga akan berkumpul bersama-sama lagi di akhirat kelak :) Amiin.


RINDU- Nur One feat Hafiz Hamidun

Tidak semudahnya melupakan dikau
Dihari mulia ini

Inilah suratan lumrah kehidupan
Dunia yang sementara



Rindu terlalu padamu
Tiada tertanggung
Rindu terlalu padamu 
Tiada penghujung



Sukar mengakui perasaan hati
Kepiluan bersemi
Hanya pada doa memohon pada Nya
Sejahtera dikau aman disana




Rindu terlalu padamu
Tak bisa dihitung
Rindu terlalu padamu
Tinggi menggunung



Ya tuhan tempatkanlah dirinya
Di Arash yang selamat bayangnya
Bersama mereka yang Engkau janjikan
Sejak mula diri insan beriman




Rindu terlalu padamu
Tiada tertanggung
Rindu terlalu padamu
Tiada penghujung




Rindu terlalu padamu
Tak bisa dihitung
Rindu terlalu padamu
Tinggi menggunung


Source: http://www.lagubestbest.com/2012/04/rindu-nur-one-feat-hafiz-hamidun-lirik.html#ixzz2JkTwgR9p



pssttt: Takde gambar nak kongsi sebab album gambar
 masa kecil semua dekat rumah. next time, maybe?