Sunday, 10 February 2013

Edisi Khas: Bayi Februari!

Assalamualaikum

Bayi februari? haa, saja nak abadikan hari lahir sahabat-sahabat yang aku kasihi dalam blog aku yang tak seberapa ni. Basically, diorang ni semua lahir bulan februari 1993. Alhamdulillah dah 2 dekad dah umur kawan-kawan aku ni semua. Okay, meh aku mulakanya:


1) 08 Februari 93- Fendi



Aku kenal beliau masa aku masuk sekolah menengah, bulan 4, masa tu baru form 1. Beliau ni antara study mate aku masa sekolah haritu. Ketua kelas kitorang masa sekolah menengah dulu-dulu. Bergiat aktif  dalam sukan seperti sepak takraw & bola sepak. Oh ya, beliau sekarang tengah tunggu result stpm. Semoga beliau memperoleh keputusan yang cemerlang. Amin. 
Selamat Hari Lahir Fendi!


haa, niha study mates aku, yang perempuan tu nama dia Biela, lelaki baju putih tu Azmir,
yang baju merah tu pulak Fendi & tengah gigit jari tu Syafawi. 



2) 09 Februari 1993- Shakirah



Si gadis bertudung merah jambu yang sweet mweeet ni sahabat baru aku, kira barulah sebab baru kenal. Tapi takdelah baru sangat, bulan 8, 2011. Eh? apa hal dengan ayat aku ni..apa2 jela. Beliau classmate aku dekat UCSI ni. Orangnya baik! Semoga dapat teman pengganti yang terbaik :)
 Happy birthday Shak!



3) 10 Februari 93- Syafawi, Abrar & Ferini


Nama beliau Syafawie & kitaorang biasa panggil dia pawie atau awie,. Classmate aku since form 1 sampai la form 5 dan beliau juga merupakan study mate aku sama macam Fendi. Beliau dengan fendi tu 1 geng la masa sekolah dulu, sekarang pun masih lagi geng! Oh ya, Awie ni dulu masa form 1 sampai form2 oatau 3, dia seorang yang chubby, comel je. lepas tu beliau kurus & hensem terus ramai yang suka :p haha..baik & pemalu orangnya! semoga kau pun lulus dengan cemerlang stpm nanti:)
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Pawie!



Ha, tudia Abrar! beliau pun pernah jadi classmate aku. Lepas form 3 beliau tukar ke sekolah menengah teknik vokasional, tak lama lepas tu tukar semula ke sekolah lama, muahaha..Beliau ni pun baik orangnya, aktif bersukan! Semoga kau berjaya dapat apa yang kau impikan :)
Happy bestday Abrar!




Next, another sahabat yang share tarikh birthday yang sama iaitu Ferini atau lebih mesra dengan panggilan Nini. Orangnya kecil je, berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang. Beliau pun classmate aku dekat sini. Kiut orangnya! Semoga dikurniakan kesihatan yang elok :)
Sanah Helwah Nini!




4) 20 Februari 93- Saleha & Dayang



Saleha, si gadis tinggi lampai. Beliau merupakan rakan sekolah aku masa sekolah rendah dulu. Sekarang beliau merupakan mahasiswi UMT, kos,,,,(aku lupa dah). orangnya baik dan peramah! Semoga menjadi wanita yang solehah seindah nama diberi :)
Selamat Hari Lahir Saleha!



Nama penuh beliau Dayang Dang Puri. Unik kan? orangnya pun cantik . Seorang gadis bertubuh  kecil molek. Sangat peramah! Beliau pun rakan sekolah & classmate aku masa sekolah menengah. Kitaorang kenal masa Form 2, masa tu beliau baru pindah dari SMK Damak. Currently beliau study dekat UiTM Pahang. Semoga Dayang pun antara pelajar yang di listkan dalam senarai Dekan ye :)
Happy Birthday Dayang!




5) 23 Februari 93- Azmir



ha, beliau merupakan olahragawan sekolah. Acara sukan dekat sekolah memang beliau yang conquer. Part yang orang lain tak boleh nak lawan beliau adalah lumba lari & lompat tinggi. Tetapi, sekarang aku tak tahu la plak, kot2 beliau dah bersara dari bersukan. Rasanya tak kot. Azmir classmate aku since form 1-5, kitaorang satu rumah sukan masa sekolah dulu, Jeram Nusa (rumah biru). Beliau pun study mate aku sama macam Fendi & syafawi. Dan diorang bertiga ni pun kawan baik. Baik & sangat kelakar orangnya! Semoga kau pun memperolehi keputusan stpm yang kebabooo eh :)
Happy bornday Azmir!



6) 26 Februari 93- Rizman


Okay, jejaka hitam manis yang lengkap berbaju melayu ni merupakan classmate aku masa dekat UIA haritu. Classmate untuk kelas BI je la. Kalau tak silap aku, beliau sorang je lelaki dalam kelas BI tu. UIA susun kelas kan ikut result EPT, so maybe level English beliau sama dengan kitaorang. (bukan maybe, confirmed dah tu!) Tula beliau sorang2 je sesat dalam kelas yang dipenuhi kaum hawa. Lepas budak 2nd intake masuk, baru la bertambah lagi 4 orang jejaka dalam kelas BI tu. so, Rizman pun tak lah keseorangan. Aku pun tak sempat nak rapat dengan beliau, berborak dalam kelas pun jarang sekali,kalau ada benda penting baru cakap. Lagipun aku pindah dari UIA bulan 8, sempat belajar dekat situ lebih kurang 3 bulan je, so tak sempat la nak kenal sangat. Apapun, semoga perjalanan pengajian degree kau dipermudahkan. 
Sanah Helwah Rizman!


Semoga korang semua menjadi anak yang soleh & solehah
dan seterusnya berjaya di dunia & di akhirat. Amiin.



pssttt: Nini, Shak,Abrar & Rizman, I stole your picture from Fb & hopefully you guys don't mind & will forgive me, Thanks.

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini