Sunday 21 October 2012

menangislah

Assalamualaikum

Aku seorang yg sangat sensisitive, bila orang marah, aku mudah menangis, bila baca artikel atau tengok video pasal org sakit atau oku, mata aku akan turut mengalirkan air mata, tengok atuk2 atau nenek kat tepi jalan pun aku sedih..lapar pun boleh buat aku menangis..kalau parent aku tak jawab call aku lagi la senang  menangis..time abah& ma hantar aku pergi stesen bus, automatically mata aku akan berair..banyak benda boleh buat aku menagis..dalam situasi gembira pun aku menangis juga,,menangis kegembiraan.hehe...pendek kata, menangis tu memang part time job aku la..my family members call me 'lenje' sebab sifat aku yg kuat menagis tu tapi aku tak kisah pun..


Tapi, menangis tu ada kebaikannya..*baru baca tadi* so aku copi&paste kat blog aku ye, boleh? hehe.. setiap ciptaan Allah tu kan ada hikmahnya.. begitu juga dengan sepasang mata kita ni..Antara kebaikan menangis adalah :-


Menangis boleh membersihkan mata
Alasan yang paling penting, mengapa menangis itu perlu. Air mata yang keluar semasa menangis boleh membuat mata lebih segar. Air mata melumasi bola mata dan kelopak mata dan juga mencegah dehidrasi pada membran mukosa.

Air mata membunuh bakteria
Air mata bekerja sebagai agen anti-bakteria dan anti-virus, melawan kuman. Apatah lagi ketika anda sedang berada di pusat membeli-belah dan tempat-tempat yang menjadi sarang kuman. Air mata mengandungi Lisozim, cecair, yang dapat membunuh 90 hingga 95 peratus dari semua bakteria hanya dalam 5-10 minit.

Air mata memperbaiki suasana hati
Perkara ini diyakini bahawa menangis dapat menurunkan tingkat emosi seseorang. Air mata yang tidak dikeluarkan justeru boleh menimbulkan kecemasan, kegelisahan, lekas marah, keletihan, pencerobohan, gangguan emosional, dan seluruh perasaan yang hidup dalam diri anda.

Air mata mengurangkan Stress
Sama seperti bersenam, air mata boleh membantu meringankan stress. Air mata membantu menghilangkan beberapa bahan kimia yang dibina dalam tubuh akibat stres, seperti enkephalin leusin dan prolaktin. Air mata boleh menekan peringkat stres, dan seperti diketahui jika stres lama bersarang dalam diri seseorang, boleh menyumbang memperparah penyakit seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, dan tukak lambung.

Air mata membebaskan perasaan
Menangis bagi kaum wanita bolehlah disifatkan bagaikan terapi bagi mereka, boleh menurunkan kecemasan dan kecewa. Menangis boleh membersihkan semua fikiran anda dan dianggap sangat sihat juga mampu mencipta perasaan lebih santai. Jadi, biarkan perasaan sedih dan tertekan diluahkan dengan tangisan



pssttt: banyaknya manfaat yg aku dapat bila kau menangis,,ngeh3 :D

Saturday 20 October 2012

Minat bukan alasan

Assalamualaikum


Alhamdulillah, sekarang ni dah sem last aku untuk asasi, insyAllah jika dipanjangkan usia, bulan januari tahun depan aku dengan 23 orang rakan aku yg lain akan memulakan pengajian ijazah dalam bidang TESL. semoga dipermudahkan. hmm, tak sangka, Allah takdirkan aku untuk berada dalam bidang yg tak pernah aku rancang. Pilihan aku sebelum ni mostly in accounting dgn course2 berkaitan dgnnya. Masa aku buat permohonan UPU dan IPG dulu pun TESL bukan dalam list yg aku apply. Temuduga ipg dulu pun aku ditemuduga untuk bidang lain dan bukannya TESL ..namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya kan. SUBHANALLAH..mungkin inilah bidang yg terbaik buat aku. mudah-mudahan :')

Bagi sesetengah orang, belajar TESL tu mudah tetapi tidak bagi aku. Sejujurnya, aku tak minat pun  bidang ni tapi aku pun tak pasti kenapa aku tetap memilih untuk berada kat sini sedangkan aku selesa belajar dekat UIA dulu.. hmm, mungkin sebab ayah aku.

 Walaupun TESL ni agak sukar bagi aku, namun aku yakin aku mampu. Takkan kawan2 aku boleh buat, aku tak boleh kan? Aku yakin dengan apa yg Allah telah tetapkan untuk aku. mungkin ianya susah buat aku sekarang sebab ini bukan minat aku tetapi siapa tahu ada sesuatu yang baik bakal meyusul di masa hadapan. Allah Maha Mengetahui segala-galanya seperti dalam surah al-Baqarah ayat 216:


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". 


credit to senyom design


pssttt: Always have faith in Allah :')