Sunday 27 May 2012

reminder

Assalamualaikum

Alhamdulillah, I'm still alive, Allah still let me breathing well in His earth.

A week has passed, I'm not updating anything
because I have nothing share.


Don't Forget to:





pssttt:a self reminder for myself:)

Saturday 19 May 2012

trip to Pulau Kapas

Assalamualaikum

Alhamdulillah, rasa puas hati juga la dapat pergi pulau..first time dan first pulau yang aku pergi..haha, sangat-II kesian pada diri aku.

Dari pagi sampai la ke petang kami habiskan masa di Pulau Kapas, Kuala Terengganu. Perjalanan cuma 30minit je dari hostel aku.. tak jauh pun..Event ni di organised oleh oleh pihak universiti.

So, dah ada peluang nak pergi, why not kita grab peluang tu kan. Tambahan pulak bayaran untuk bot pergi-balik murah, cuma RM25/person. Kalau pergi sendiri tambang bot dalam RM40 kalau tak silap aku la..sangat-II berbaloi.

Naik bot dari jeti ke Pulau Kapas agak menakutkan..seriously, dari aku naik bot dekat jeti sampai la dekat Pulau tu aku tak lepas seluar kawan aku,betapa takutnya aku, kembang kucut urat perut.. ombak yang kuat menyebabkan bot yang kami naiki tu macam melambung-II je..uuhhh, meremang bulu roma.,


pulau Kapas










okay la,,ni je la dulu...bye!

pssttt: carpe diem!

Tuesday 15 May 2012

begini ke?

Assalamualaikum

hai... since parents aku plan nak datang Terengganu ni masa cuti sekolah nanti, aku pun mula la buat survey untuk menginap dekat-II mana chalet area Marang ni.. Just now, aku call sebuah chalet dekat area ni untuk tanya harga dan buat booking tapi belum aku habis cakap, dia dah letak telefon tu..sangat-II mengecewakan.

Aku tak sure samada aku bercakap dengan owner chalet tu ataupun aku bercakap dengan pekerja dia tadi. dia sangat-II @#$%^&... maaf, aku agak bengang jugak kot. belum aku habis tanya apa, dah letak ganggang telefon tu..aishhhh..

perbualan kami tadi 


pekerja/owner chalet: assalamualaikum

aku: waalaikumusalam, betul ke ni chalet C******?

chalet: ye, ada apa?

aku: okay, saya nak tanya berapa rate harga untuk 1 chalet atau bilik. boleh?

chalet: 1 chalet RM80,

aku: 1chalet tu biasanya muat berapa orang ye?

chalet: 4 orang muat la.

aku: Ada tak chalet atau bilik lain yang besar sikit, tak kisah la berapa harga dia?

chalet: takde

aku: okay..sayaaa.................( tak sempat aku nak tanya boleh booking awal ke tak, dia dah letak telefon)


* seriously, bercakap dengan dia melalui telefon pun dah tahu yang dia tu tak peramah, cara cakap pun macam orang pemalas!

* kalau nak buat bisnes macam ni, jadi la peramah atau mesra pelanggan sikit! kalau tak pandai nak senyum, pergi masuk kelas 'Senyum'...

* begini ke sikap seorang pengusaha/ peniaga? -sebab nila setitik, rosak susu sebelanga~




pssttt: sekadar luahan




                

Sunday 13 May 2012

setelah sekian lama...

Assalamualaikum

First mathematics class dah ada knowledge check a.k.a test..
aiyooo, belum sempat apa-II dah nak check ilmu matematik ke der..huhu.
Dah bersawang, berselirat ilmu matematik dalam kepala otak aku
bila dah lama tak belajar dan tak guna , pemprosesan pun menjadi perlahan
perlukan pelincir, apalagi kalau bukan latihan matematik kan


Nak jawab soalan test tadi pun ambil masa yang agak lama jugak..
padahal soalan level budak sekolah rendah je..
nasib baik la aku hanya perlu ambil basic mathematics je,
kalau aku kena belajar matematik yang susah tahap dewa tu
memang terpukang la aku..ahaha..
Spm dulu pun cukup-II makan je maths dengan Addmaths aku...
Takde la sehebat awak-II semua tu..hihi






Dah, lupakan pasal maths ni, as long as aku buat apa lecturer suruh, and do revision..aku pasti past la subject ni...nothing to worry :D hee


pssttt: do revision for the next 5 knowledge check!


Wednesday 9 May 2012

sekiranya itu yang tertulis buat kau

Assalamualaikum

Betul la kata orang, kalau dah jodoh tu memang tak ke mana. Lari la sejauh mana pun, beribu-ribu batu ke tapi kalau dah tertulis dekat luh mahfuz tu yang kau jodoh dia, maka kau jodoh dia la.

So, kita tak payah nak risau sangat la jodoh kita dengan sesiapa pun kan, Allah dah tetap kan dah. Sebagai manusia kita cuma perlu usaha dan berdoa je moga-II Allah mempercepatkan kita bertemu dengan jodoh kita tu..betul tak? *bunyi macam gatal la pulak* hehehe

Kenapa aku tiba-II cakap pasal jodoh ni..
Okay,nah tengok ni!
                                                         Ni ha gambarnya..




SUBHANALLAH. itu la yang di katakan dengan jodoh kan. Dah putus tunang selama 53tahun, tapi akhirnya mereka berkahwin juga.. Biarpun dah berusia emas tapi takpe la kan janji bahagia..hee..

Semoga pasangan ni berkekalan dan sentiasa di rahmati hingga hembusan nafas yang terakhir mereka. amin :)


pssttt: terus berdoa...hihih

at this moment

Assalamualaikum..

And suddenly, I'm missing my friends so much.. my best buddies...I wish I could spend a day and have a great time with them :-(



pssttt: -no words-

Monday 7 May 2012

habis dah..

Assalamualaikum

hai, lama tak update, hampir 3 minggu juga kot..hehe.. bila dah bercuti dan pulang ke rumah, automatically aku akan menghadapi masalah untuk connect to internet..tambahan pulak aku ni pengguna broadband aje, tak guna wi-fi macam awak-II semua...hihih.. bila dah guna broadband tu, internet asyik putus je,,aku pun jadi putus hangin juga la nak update blog aku yang tak seberapa ni..

Alhamdulillah, aku sangat-II enjoy cuti semester ni walaupun aku tak la pergi bercuti jauh-II macam awak-II semua..heh... bagi aku, selagi aku dapat habiskan masa dengan keluarga tercinta, tu dah cukup buat aku gembira hingga tak terkata...:D

okay, cuti pun habis dan esok aku bakal memulakan semester baru..semester 3!
seperti biasa lah, bila memulakan semester baru, aku pun mula lah buat azam baru...haha.. pandai berazam je, buatnya tak...azam semester lepas pun entah ke mana dah..tak terlaksana pun...adoii..
untuk semester kali ni, azam aku adalah---- aku nak laksanakan azam aku yang tak terlaksana tu..hihi.
Insya Allah, akan aku cuba laksanakan...




pssttt:  rindu dekat rumah...nak balik!