Wednesday 20 March 2013

Tests

Assalamualaikum


People used to think that tests only come in the form of hardships. ALLAH also tests us with ease. Beauty, wealth, intelligent and etc are a test as well. And it's often in the test of "ease" that we fail most.




Let's think for a while;

ALLAH gave you money, status, beauty, intellect, health. 
Are you using those things as HE wants or as you want?
ALLAH made you beautiful. Are you covering it?
ALLAH made you intelligent, are you arrogant?
ALLAH made you rich, are you generous?
ALLAH surrounded you with gifts. Are you grateful?
Are you depending on the money, the status, the people, your own self or on ALLAH?




#HappyWednesday #BeBlessed



Friday 15 March 2013

Renungan

Assalamualaikum.
*pesan buat diri sendiri, terutama aku, jangan lengah-lengahkan solat. Mati tu bila-bila masa saja Adawiyah.

credit:  Fanpage  Oh My Islam

#SalamJumaat

Monday 11 March 2013

Neraka Hawiyah

Assalamualikum

Tahukah anda Neraka Hawiyah adalah neraka yang paling panas, paling dalam, paling jauh dari dasar..di mana terdapat satu telaga tempat keluarnya api panas, dan apabila bila keluarnya api..neraka-neraka lain meminta perlindungan dari Allah supaya tidak terkena panasnya api tersebut, lihat betapa panasnya neraka Hawiyah. :'(

Kesalahan :
1. Tidak mahu menerima syariat islam.
2. Tidak menutup aurat.
3. Pakai sutera dan emas bagi lelaki.
4. Cari rezeki cara tak halal.
5. Makan riba.


Allahurabbi.
Assalamualaikum

Within a week, Allah already took two person in our family.
Last wednesday, He took Paklong from us and
today wan Milah 'met' Him too.
May Allah blessed upon both of you. Amin.

Al-Fatihah

Saturday 9 March 2013

simpanan kematian

Assalamualikum

Sudah 2 hari paklong pergi menghadap Ilahi. Masih lagi tak percaya, tapi itulah realiti yang harus diterima. Walaupun luaran aku nampak biasa, gelak tawa & senyuman tak lekang dari wajah aku tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa aku rasa kehilangan.

Masa dapat berita pasal pemergian arwah, frankly speaking I really need a shoulder to cry on and I need someone to say 'semuanya okay Adawiyah', aku perlukan kata2 semangat. but I don't really hope any of my friends would do it to me and that's okay. Aku pujuk diri aku sendiri. then angah (akak) called, tanggapan aku "mesti angah nak pujuk & bagi kata2 semangat macam biasa setiap kali aku sedih" tapi aku salah. Kali ni dia tak kuat,dia sendiri tak mampu pujuk diri sendiri. Dia menangis dan kali ni aku yang perlu bagi dia moral support.

Paklong, seorang yang 'berbeza'. ya, 'berbeza'. aku tak pandai nak describe macam mana, biarlah aku dan keluarga saja yg tahu 'beza' tu. Beliau sangat sukakan budak2. masa aku kecil2 dulu, beliau sangat manjakan kami adik beradik & sepupu aku yang lain. Bawa pergi kedai pun berdukung (duduk atas bahu beliau).

Arwah juga masih lagi bujang, belum berkahwin. Mungkin jodoh tiada di dunia agaknya. Ma & abah selalu pesan, nanti bila dah besar, jangan sombong dengan mana2 mak atau bapa saudara sebab diorang tetap keluarga no matter what they did to our family. & the most important thing yang ma pesan adalah, nanti paklong dah tua, tolong jaga paklong sebab beliau takde isteri & anak untuk jaga beliau di hari tua macam orang lain. Tapi Allah itu maha Mengetahui, Allah terlebih dahulu ambil paklong dan jaga beliau buat kami. Allahuakbar!

"kalau paklong mati nanti, paklong taknak susahkan sape2" teringat kata2 beliau masa hayat beliau. Ya, memang beliau tak susahkan ahli keluarga untuk menguruskan jenazah beliau. Paklong seakan dah prepared. Mungkin juga kebetulan, wallahualam. Hanya Allah yang tahu. Tiada sesiapa pun dalam keluarga kami yang perlu keluarkan duit bagi menguruskan jenazah beliau, semuanya beliau dah sediakan. Masa pihak hospital serahkan dompet milik arwah, arwah tinggalkan RM2000+ dalam dompet beliau. Agak terkejut because we know how he was. Ma cakap mungkin paklong tahu beliau akan 'pergi' sebab tu beliau dah sediakan duit untuk memudahkan keluarga uruskan jenazah beliau.

Dan aku mula terfikir, macam mana kalau aku mati nanti, adakah aku aku menyusahkan keluarga aku? aku tiada simpanan untuk hari kematian aku. masa hidup & hayat aku pun aku dah cukup menyusahkan abah & ma dan aku taknak menyusahkan mereka lagi waktu pemergian aku. Mungkin aku patut menabung dari sekarang sebagai persediaan untuk menampung segala perbelanjaan bagi menguruskan jenazah aku nanti. Ya, duit untuk masa depan sebab no matter what kind of future we will face, we still need the money either for living or 'leaving'.

Paling menyedihkan adalah aku tak dapat nak balik. Aku tak dapat nak tengok wajah beliau buat kali terakhir. Tapi takpe, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Semoga Allah ampunkan segala dosa paklong, tempatkan paklong dalam kalangan orang yang soleh & sentiasa tenang di sana. Al Fatihah.

Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah jadikan sesuatu bersebab dan sebuah kematian jugak ada hikmahnya iaitu Allah inginkan hambaNya yang masih hidup ini mengambil iktibar darinya. Mati itu pasti & bila-bila masa sahaja. Wallahualam. 

Sudah bersediakah kita?

Thursday 7 March 2013

Datang & Kembali

Assalamualaikum


Realiti hidup, semua jiwa pasti akan merasai mati. 
Hari ini Allah beri kami sekeluarga ujian iaitu kematian seorang ahli keluarga kami. 
Al-fatihah. Banyak yang ingin aku luahkan tapi rasanya tak terdaya untuk menulis ketika ini. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa & tempatkan paklong dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin. hanya mampu titipkan doa dari jauh :'(

Sunday 3 March 2013

3/3/1924 : Sejarah Hitam Islam

Assalamualaikum

3/3/1924. Ada apa dengan tarikh ni. Seriously, sebelum ni aku tak pernah tahu pun apa maksud disebalik tarikh ni sehingga la aku terbaca status yang diupdate oleh salah satu page di fb. So, lepas aku scrolled down komen-komen yang ada diruangan komen, barulah aku tahu rupa-rupanya 3/3/1924 merupakan sejarah hitam buat umat islam di mana sistem khalifah atau pentadbiran islam di Turki telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Artatuk, seorang agen barat.

Tanpa aku sedari, rupa-rupanya dah hampir 100 tahun umat islam tiada khalifah. Allahurabbi. Aku langsung tidak tahu mengenai sejarah islam yang cukup penting ini. Teruknya >.<

Rasanya tak salah kalau aku kongsikan screen captured status page tersebut kan. Mungkin masih ada yang tak tahu mengenai sejarah hitam islam ini sama seperti aku. Dan bagi yang dah tahu, mungkin ini boleh mengembalikan ingatan anda mengenainya yang mungkin terlupa.




credited to page Indahnya Berpurdah

Bagi yang ingin tahu lebih detail tentang sejarah islam ni, bolehlah google atau guna jela apa-apa pun. Gunakan teknologi yang ada sekarang ni dengan bijak. Dekat sini, aku sertakan beberapa links yang bagi aku boleh dipercayai sumbernya kalau korang berminat untuk baca:

1. Azrul-al-muallim
2. Minda Ahad
3. Erti Hidup Seketika
pssttt: Don't forget to #PrayForSabah.

Saturday 2 March 2013

#PrayForLahadDatu

Assalamualaikum
Kehilangan masih dirasai. Sedekahkan Al-Fatihah untuk pejuang kita yang gugur. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin. 


Update: #PrayForSabah

Assalamualaikum

AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, tengahari semalam (Jumaat). Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam tadi. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Ketegangan di Lahad Datu berakhir dengan 14 kematian dan 3 cedera.

MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban telah ditunda atas sebab masalah teknikal. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:

Tarikh: 02 Mac 2013
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.



Sumber: Oh Media!

p/s: 
 do pray for people in lahad datu yang kini diserang, mereka pun saudara kita, sama seperti yang berada di palestin, syria, rohingya. mungkin tak terasa sebab bukan kita, bukan darah daging kita. tapi ingat mungkin esok atau lusa, kita ada di tempat mereka. 

*moga Allah makbulkan doa kita semua. in sha Allah.


Pencerobohan

Assalamualaikum

Malaysia diceroboh oleh pihak kesultanan sulu yang mendakwa Sabah merupakan sebahagian dari Filipina. Seperti yang kita tahu semasa pembentukan malaysia lagi, pihak kesultanan sulu sememangnya claimed Sabah tu milik Filipina. hmm, tak sangka pulak masih ada lagi waris kesultanan sulu yang berkeras nak negeri Sabah.
Al Fatihah buat anggota keselamatan yang terkorban. Mereka wira. terkorban waktu mempertahankan negara. Semoga anggota keselamatan yang terkorban sentiasa tenang di 'sana'. Tugas mereka di dunia sudah selesai, tiba waktunya buat mereka untuk 'berehat'. Mereka dah lakukan yang terbaik bagi mempertahankan negara. Terima Kasih Wira!
Semoga konflik perebutan Sabah ini diselesaikan dengan segera agar tiada lagi pertumpahan darah berlaku dan Malaysia akan terus aman.

p/s:  Kenapa perlu tuduh parti lain sebagai dalang disebalik apa yang berlaku. Otak jangan sempit sangat. Isu keselamatan jangan dipolitikkan!


Let's unite and pray for the best!

#PrayForLahadDaru #PrayForSabah #PrayForMalaysia #Peace #NoWar #SabahIsMalaysia's





*UPDATE:

 Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

Semoga rakyat Malaysia terus tabah dan memberikan sokongan kepada anggota kita yang bertugas.

SUMBER: Sabahan.FM