Assalamualaikum
Malaysia diceroboh oleh pihak kesultanan sulu yang mendakwa Sabah merupakan sebahagian dari Filipina. Seperti yang kita tahu semasa pembentukan malaysia lagi, pihak kesultanan sulu sememangnya claimed Sabah tu milik Filipina. hmm, tak sangka pulak masih ada lagi waris kesultanan sulu yang berkeras nak negeri Sabah.
Al Fatihah buat anggota keselamatan yang terkorban. Mereka wira. terkorban waktu mempertahankan negara. Semoga anggota keselamatan yang terkorban sentiasa tenang di 'sana'. Tugas mereka di dunia sudah selesai, tiba waktunya buat mereka untuk 'berehat'. Mereka dah lakukan yang terbaik bagi mempertahankan negara. Terima Kasih Wira!
Semoga konflik perebutan Sabah ini diselesaikan dengan segera agar tiada lagi pertumpahan darah berlaku dan Malaysia akan terus aman.
p/s: Kenapa perlu tuduh parti lain sebagai dalang disebalik apa yang berlaku. Otak jangan sempit sangat. Isu keselamatan jangan dipolitikkan!
Let's unite and pray for the best!
#PrayForLahadDaru #PrayForSabah #PrayForMalaysia #Peace #NoWar #SabahIsMalaysia's
*UPDATE:
Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :
1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).
Semoga rakyat Malaysia terus tabah dan memberikan sokongan kepada anggota kita yang bertugas.
SUMBER: Sabahan.FM
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini