Assalamualaikum
Dah 3 hari sendirian dalam bilik dekat campus ni, aku tak balik pun walaupun cuti 4 hari sempena CNY ni sebab haritu ingatkan BIG akan diadakan pada raya cina, lepastu tiba-tiba cancel pulak. Memang sengal! kalau aku tahu nak cancel aku tak payah la susah2 pergi cari tiket untuk balik masa cuti maulidur Rasul haritu sebab cuti pun sekejap je. Bazir duit untuk tiket je, aku terpaksa berkira bab2 tiket sekarang ni sebab tu guna duit abah&ma, kalau duit elaun memang tak kesah la. Takkan aku asyik nak minta duit je, rasa bersalah dah ni dekat parents..Hmm,harap-harap BIG nanti tak dibuat pada cuti mid semester la..tolonglah jangan nak kacau cuti seminggu tu! T_T. Memang aku sangat2 berkira bab cuti ni sebab rumah aku jauh kot, makan 7,8 jam jugak nak sampai bukannya sekilometer dua jaraknya.
*************
"Tinggal sorang2 tak takut ke?" kalau dulu,aku sememangnya penakut, tidur pun dengan lampu yang terbuka kalau roommate balik rumah tapi sekarang tak dah sebab dugaan yang aku hadapi selama ni banyak mengajar diri aku supaya lebih bersabar & kuat. Pengalaman tu kan guru yang terbaik buat diri kita :). Abah pun selalu pesan, kena selalu berani dalam apa2 perkara, jangan tunjuk sangat yang kita ni takut sebab nanti senanglah orang lain nak memanipulasi rasa takut kita tu...Rasa takut tu boleh diatasi, sentiasa lah ingat dekat Allah, Allah kan jaga kita, InsyaAllah, Allah juga jaga kita dari kejahatan makhluk2 ciptaanNya tu.
Masa kecik dulu-dulu, aku sangat2 impress dengan gologan tua macam nenek, abah,& ma aku sebab diorang tak takut pun pergi mana-mana sorang2. Nenek pun steady je jalan kaki sorang2 pergi masjid time malam, tak takut pun. Aku pernah la tanya nenek aku, "wan, tak takut ke jumpa hantu nanti masa jalan kaki sesorang pergi masjid tu?",wan pun jawab " Nak takut apa. Allah tu nampak kita. Nanti kita mati pun kita sorang2 juga duduk dalam kubur, lagi gelap, takde orang nak teman kita masa tu".
Sesungguhnya Allah Ta’ala pernah berfirman :
“Dan Sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagai mana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia) apa yang telah Kami karuniakan kepadamu” (QS. Al-An’am: 94)
sumber: gambar sendiri, edit sendiri :p
pssttt: Janganlah takut sangat kalau terpaksa tinggal sorang2 sebab mati nanti pun sendirian juga :) #ReminderToSelf
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini