Assalamualaikum
Renungan buat kita yang bergelar muslim. Bukan mudah untuk seorang lelaki yang bergelar ayah, suami, mahupun abang untuk masuk syurga. Selagi isteri & anggota keluarganya belum dihisab & dipersoalkan , maka lelaki itu belum layak untuk ke syurga milik Allah S.W.T. Allahuakbar, besar sungguh tanggungjawab yang Allah amanahkan buat insan yang bergelar seorang lelaki ni, di dunia mereka perlu pikul tanggungjawab untuk menyara keluarga, memastikan keluarga terjaga & di akhirat juga mereka perlu bertanggungjawab ke atas setiap perbuatan yang dilakukan oleh isteri mahupun ahli keluarga mereka.
Wahai lelaki, jalankan amanahmu dengan sebaiknya. Didik dan perintahkanlah ibu, isteri, anak, adik perempuanmu untuk menjalankan perintah Allah dengan sebaiknya. Tugasmu bukan sahaja untuk melengkapi mereka dengan keperluan di dunia, malah bekalan akhirat juga perlu dititikberatkan. Jangan jadikan "sibuk" sebagai alasan buat kamu untuk melupakan amanah yang seharusnya kamu laksanakan itu. Jangan berharap mereka mendirikan perintah-Nya; sedangkan dirimu sendiri lalai terhadap-Nya.

Bagi insan yang bergelar ibu, isteri, anak & adik perempuan, ayuh, kita bantu orang yang kita sayang
untuk mengapai jannah Allah. Kalau betul-betul kita sayangkan ayah, suami, abang atau adik lelaki kita, buktikan kasih sayang kita dengan melaksanakan segala perintah Allah, jadilah wanita solehah. Ingat! tujuan kita hidup adalah untuk beribadah kepada Allah. Ibadah yang kita lakukan itu adalah sebagai tanda syukur & terima kasih kita terhadap pencipta kita yang Maha Esa kerana kurniakan kita dengan begitu banyak nikmat terutama nikmat hidup. Sanggupkah kita untuk menjadi penyebab bagi orang yang kita sayang masuk ke neraka bersama kita sedangkan mereka sebenarnya layak ke syurga tetapi disebabkan khilaf & dosa kita di dunia, kita telah menarik mereka untuk ke nereka bersama-sama..nauzubillah.
Sekadar muhasabah & peringatan buat diri. Sekiranya ada yang salah dalam entry ini, mohon diperbetulkan. Aku masih belajar & akan terus belajar untuk memperbaiki diri aku. .
]
Terima kasih
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini