Thursday, 14 February 2013

Magis sepotong ayat

Assalamualaikum

Rasulullah, s.a.w bersadba: "Sampaikanlah dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari


Kadang-kadang satu potong ayat yang bermanfaat yang kita sampaikan ataupun kita share tu mampu untuk menyedarkan seseorang. Siapa tahu, Allah nak sentuh hati seseorang supaya berubah melalui ayat yang kita sampaikan. Tak kiralah siapapun kita, walaupun kita bukan seorang yang bergelar ustaz mahupun ustazah tetapi tugas dakwah tu adalah tanggungjawab semua selagi bergelar islam. Aku cuma nak kongsikan satu kisah yang aku kopipasta dari salah satu page di FB mengenai seorang muslimah yang berubah dan sedar melalui post-post agama yang dikongsi oleh admin salah satu page di FB (aku kurang pasti page apa), Subhanallah. . Semoga perkongsian ini bermanfaat, InsyaAllah.



    **********



Assalamualaikum Admin,


Sebelum itu, saya nak ucapkan terima kasih buat admin yang banyak mbuka mata & hati saya untuk menutup aurat dengan sempurna. Sebelum ni saya memang sambil lewa sahaja dalam bab menutup aurat dengan sempurna. Bertudung biasa tapi baju masih ketat & singkat.. MasyaAllah.. tetapi selepas setiap hari melihat post2 admin.. lepas tu, ke sana sini bila terjumpa wanita bertudung labuh saya sangat2 tertarik.


Saya juga terfikir kenapa perlu sy bertelekung bila nak solat? selepas solat saya tanggalkan telekung.. maknanya, pakaian saya ni belum cukup sempurna untuk dipakai ketika solat. saya rupanya dah lama sedar, tapi buat2 tak tahu. suatu hari saya nyatakan pada suami.. dia sangat2 gembira kerana dia pernah memasang impian untuk mencari isteri yang bertudung labuh.

kenyataan suami membuatkn hati saya terus bersemangat, tapi biasa la bisikan syaitan tetap ada. ah, boleh ke aku nak cover semua ni? nanti macam mana baju2 kebaya, peplum yang cantik2 ni? nanti orang tak nmpak la aku dah kurus.. nanti bertudung labuh aku nampak gemuk. macam mana family kalau nampak nanti? mesti kena perli jadi ustazah.. aku ni bukan pandai agama sangat tapi nak pakai tudung macam ustazah.. macam poyo je.. 

Astahfirullah al azim.. kata2 tu sangat2 mengusik hati & fikiran saya. suami nasihatkan, jika nak berubah, mari kita ke kedai sekarang.. kita cari & beli tudung labuh. satu perubahan besar dalam hidup saya.. saya rahsiakn pada sanak saudara, adik beradik & rakan2. Alhamdulillah, tidak dapat digambarkan dengan kata2 sy bertudung labuh, berstokin & bersarung tangan demi MU YA ALLAH.. tak pernah saya rasa selamat & selesa sepertt ini sebelum ini. 

YA ALLAH maha mengetahui betapa indahnya cara ALLAH memelihara wanita. saya korbankan semua pakaian2 & tudung2 yang lama yang tidak sempurna. di dalam almari cuma ada baju kurung, jubah & jubah seluar. gambar2 yang tidak sesuai di fb saya dah deleted semuanya. senang sangat bila keluar jln2, nak solat tak perlu cari telekung lagi. pakaian yang dipakai saya dah boleh guna untuk solat. buat suami, keluarga & sahabat.. saya bukan la insan yang sudah cukup ilmu agamanya, saya cuma insan yang ingin memperbaiki kekurangan diri ini utk mencari keredhaanMU YA ALLAH..





Sesungguhnye tudung labuh itu bukan lah menjadikan kamu solehah, tetapi takwa kepada Allah.



No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini