Kiamat! bila dengar je perkataan kiamat. Allahurabbi, takut, gerun..semua perasaan ada. Allah.
Andai kata kiamat itu pada hari jumaat akan datang, adakah aku sudah bersedia? adakah amalan aku sudah cukup untuk menyelamatkan aku dari segala siksaan & azab Allah?..
Sekiranya kiamat itu pada jumaat akan datang, mungkinkah hari esok masih ada untuk aku untuk terus memohon keampuan & bertaubat kepada Allah? atau mungkin malam ni merupakan malam terakhir bagiku di sini, di dunia ini? Aku tak tahu...hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Sekiranya kiamat itu pada jumaat yg akan datang, dalam golongan apakah aku akan dibangkitkan? golongan yang soleh atau golongan yang dimurkai Allah atau mungkin aku bersama dengan kumpulan manusia yang aku agung2 kan, yang aku jadikan idola di dunia; artis. Adakah Rasulullah akan mengurniakan mukjizatnya untuk membantu memberatkan timbangan amalan kebaikan aku di akhirat kelak? atau mungkin juga Baginda tidak akan mengaku bahawa aku ini umatnya oleh sebab perbuatan aku ketika hayat aku, nauzubillah...Allah..Allah..Allah
Bilakah kiamat akan berlaku? hanya Allah yang tahu tetapi yang jelas tanda-tanda kiamat itu sudah ada.
Muhasabah diri,perbaiki apa yang sepatutnya selagi masih ada masa. Bagi yang masih belum tengok video ni, just spend for about 10minutes to watch the video. 10 minit untuk video yang bermanfaat, takkan dikira membazir masa juga? Semoga Allah kurniaakan yang terbaik buat kita & juga ahli keluarga kita. Amiin.
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini