Tuesday, 17 April 2012

Akhirnya

Assalamualaikum

YEAYY!

Final exam dah pun berakhir..

bersyukur sangat-II sebab exam pun dah habis even aku tahu jawapan yang aku tulis tu macam jawapan orang tak study je..

siapa kisah kan..

aku dah usaha so sekarang berdoa dan bertawakal je..hee

Yang paling penting esok aku dah boleh balik..

bakal menempuhi perjalanan yang agak panjang..

ada lah dalam 6 atau 7 jam untuk sampai ke rumah tu..

tapi tak apa,kepenatan berjam-II duduk atas bas esok pasti berbaloi lepas tatap muka abah dengan ma esok..

ya Allah, rindunya aku pada mereka..



pssttt: semoga perjalanan esok lancar dan selamat..Amin

Monday, 16 April 2012

tak tahu

Assalamualaikum

Baru sahaja diberitahu bahawa exam pada petang ni di postpone ke petang esok *_*

..errrhhh....

sangat-II menyengalkan sebab aku dah terlalu excited nak balik

tambah menyengalkan lagi adalah aku dah beli tiket bas untuk balik pagi esok. "(

,terpaksa la cari tiket lain.. bye



pssttt: "terima kasih"

Sunday, 15 April 2012

sepi

Assalamualaikum

Kadang-kadang aku rasa seperti orang asing di sini..bukan kadang-II tapi selalu..

Adakah ini adalah kerana keputusan aku untuk berada di sini adalah keputusan yang salah?

Boleh ke aku nak menyesal dan berpatah balik ?

 It's IMPOSSIBLE!

 mana boleh sesuka hati kau je ,nak masuk sini and then bila rasa tak sesuai kau nak tukar semula dekat tempat lama kau..aishhhh..

psstt:  Allah bantui aku 

Friday, 13 April 2012

Aku serius kali ni!

Assalamualaikum

Beberapa hari tak update...sebab aku sibuk + tak ada mood nak update + tak ada idea nak tulis apa...

banyak pulak benda yang aku mimpi semalam..antaranya aku mimpi kawan aku datang melawat aku dekat UCSI nih..hahaha..berangan gila aku..orang kata, kalau kita mimpi seseoranag ni maknanya kita rindu orang tu atau kita terfikirkan orang tu.. maknanya aku tengah rindukan kau ENGKU NABILA uii!!...sila terharu ye...

ini la dia gadis yang aku rindu sangat tu, sahabat baik aku..okay, kitaorang kenal since form 1.. ramai yang pelik  masa tu kenapa aku dangan beliau rapat even kami kelas berbeza-II..aku sendiri pun tak tahu..beliau sangat-II baik..kadang-II kami bergaduh juga tapi tak ada la kerap sangat..adat la berkawan kan..kadang-II ada perselisihan faham juga..bak kata orang asam garam orang berkawan..hee..


Masa zaman sekolah dulu, hampir setiap petang aku spent time untuk lepaking dekat rumah beliau..bukan study sangat pun..gosip-II je banyak..kuat bebenor kami bergosip..hihihi..eh, budak lelaki pun suka bergosip jugak kan?? jangan tak mengaku..


okay, gambar dekat atas ni adalah gambar first time kami pergi karaoke bersama..masa ni kami sedang menganggur tunggu result spm...

Agak lama jugak aku tak jumpa beliau sekarang ni..sama-II sibuk..calling-II amat la jarang, message? lagi la tak..nama je kawan baik tapi kami sangat-II jarang ber-calling-II serta message..aku pun tak tahu..bukan aku taknak atau tak ada masa langsung nak berbuat demikian tapi.............amat susah untuk di explainkan..dh cukup..jangan tanya lagi..boleh?

Bila berbual dalam telefon, kadang-II tu banyak senyap daripada bercakap sebab tak tahu nak cakap apa..bila lama tak jumpa, rasa awkward pulak..haisshh..kadang-II tu aku cemburu bila tengok beliau dengan kawan-II baru beliau..huhu..tapi tak apalah..lumrah la tu kan,kita pasti akan bertemu dan berkenalan dengan orang lain hampir setiap hari..so, terima je la..*ayat pasrah gila* hee

P/S : Biela, aku rindu ko...I miss almost everything about you! All the best untuk final exam next week:) Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko dan Ema...sayang korang!




pssttt: kenapa aku emosi dua tiga macam je ni..








Monday, 9 April 2012

Al fatehah buat arwah..

Assalamualaikum

Selamat malam

Memang sukar nak expect bila sesuatu perkara tu akan berlaku terutama sekali kematian. Semuanya di tangan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kita sebagai hambaNya harus akur dengan setiap apa yang Allah kehendaki. 


Sebentar tadi ketika aku sedang ber-twitter, salah seorang kawan di twitter aku tweet mengenai pemergian arwah Nurul Huda Baharuddin. Siapa beliau? okay, aku pun tak tahu sangat tentang beliau sebab aku hanya kenal beliau melalui blog beliau iaitu please, no paparazzi . . Sebab kematian beliau aku kurang pasti..apa pun, bila dah tiba masa untuk malaikat maut mencabut nyawa kita, tak kira la kita dalam sihat mahupun sakit, pasti malaikat maut akan tetap membawa roh kita pergi mengadap Ilahi..kematian itu sesuatu yang pasti kan.

Sebagai yang masih hidup ni, teruskan hidup dan jangan terlalu lalai dengan dunia dan mudah lupa tentang akhirat kerana kita tak tahu bila Allah S.W.T akan menjemput kita pulang ke sisiNya. Apapun, kita sama-II berdoa buat saudari Nurul Huda, moga-II roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-II yang beriman. Amin. Al- Fatehah buat beliau.




credited to I LUV ISLAM for picture



 pssttt: Muhasabah diri

heh?

Assalamualaikum

Alhamdulillah, satu lagi paper untuk final dah selesai..tinggal dua paper lagi..kena struggle lebih sikit untuk dua paper ni sebab ianya agak tough juga..eh,mane ada study yang tak susah kan?hee
Seperti sebelum ni juga, exam aku tadi pukul 2pm so sempat lagi la nak revise sikit-II kan..



okay, aku memang sengaja nak share gambar ni sebab aku tak ada idea nak tulis ape..hahaha.. sebenarnya, ni adalah sarapan aku pagi tadi..apa yang membuatkan aku nak share gambar ialah aku agak terkejut dengan harganya..bukan terkejut sebab ianya mahal tapi agak terkejut kerana ianya murah..*nampak macam aku berlagak pulak kan*

Nampak kan dalam pinggan aku tu ada nasi goreng+telur+sosej+fries, okay, harganya cuma RM3..memang berbaloi, aku ingatkan dalam RM5+..pakcik tu pun dah kira dua kali,harganya tetap sama..Alhamdulillah,rezeki aku..

 _______________________________________________________________________-






Eh, gambar almari pakaian pun nak tunjuk ke?! apa kejadah..
eiihhh, chop,chop...sebenarnya aku nak cerita apa yang berlaku hari ni ..
Aku pun tak tahu la mimpi apa pihak Uni ni buat semburan serangga pula hari ni..oh, mungkin sebab kami tinggal dekat dalam hutan + musim hujan so serangga banyak berkeliaran kot..

Bagi mengelakkan bantal+cadar+selimut+semua barang kami terkena semburan gas tu dan berbau gas  maka aku dan roommate aku dalam keadaan kelam kabut menyumbat semua barang ke dalam almari.. semua benda aku masukkan dalam almari pakaian aku,.kettle, pembakar roti and moreee....padat seperti milo fuze..hihi

And now aku kena kemas pula semua benda ni.huh!...okay, bye :)

pssttt:    aku kehabisan idea..



Sunday, 8 April 2012

'(

Assalamualaikum

Dah excited sangat nak webcam even in silent mode, tapi line internet pula macam hape!

hilang mood aku! erghhh...

::maaf, banyak sangat "sekejap" tadi::






pssttt : sabar itu sebahagian daripada iman


#1#

Assalamualaikum

hey girls, we CAN!




pssttt: :)


chaiyok...chaiyok

Assalamualaikum


selamat tengahari..okay,nak memulakan misi untuk study sekarang ni...akan cuba untuk tidak log in facebook hari ni..Facebook is like my fridge. I know there is nothing there but I check it every 5 minutes anyways..huhu




pssttt: go go go :D

Saturday, 7 April 2012

aku sedar hakikat itu

Assalamualaikum

jam menunjukkan 03:38am sekarang ni..tapi aku masih lagi tak memulakan misi aku untuk study..sangat-II teruk..akibat terlalu leka dengan facebook.aiyaaa...okay, aku sedar hakikat tu..

pagi-II buta macam ni rasa sayu la pula..tetiba teringat dekat parents,dan rasa rindu yang teramat sangat dengan mereka..rindu dekat abah, rindu dekat ma,rindu juga dekat adik beradik yang lain...dah hampir sebulan lebih aku tak balik rumah ni..cepat-II la sikit habis final ni, aku nak balik rumah sangat ni..okay, mata pun dah mengantuk,study pun tak..---bagus la kau Rabi'atul 'Adawiyah oiiii~buang masa tu..baik pergi tidur je, esok bangun pagi, perbaiki diri tu,jangan terus kekal macam ni *ingatan untuk diri sendiri :muhasabah diri:

---> kawan-II, jangan lupa untuk sentiasa doakan kesejahteraan kedua ibu kita samada mereka masih hidup ataupun dah pergi ye :)...

Doa buat Ibu&Bapa 


pssttt:  sesungguhnya, aku dalam golongan orang-II yang rugi, astaghfirullah


sumber tenaga

Assalamualaikum...

hai...update lagi,hehe..addicted lettew...eh,mana ada addicted,masa tengah senggang ni..update la sikit-II kan..sebenarnya, malam ni aku plan nak stay up dengan roommate aku..kami nak study untuk subjek creativity and innovation..isnin ni exam untuk subjek tu,so tak nak la study last minute sangat..

Untuk stay up, kami memerlukan tenaga, untuk bertenaga dan mencegah daripada mengantuk makanya kami perlu la makan dan minum..hee..okay, macam biasa, cik Fatma a.k.a rumet aku buatkan kopi..aku tolong minum,..kami makan roti bakar disapu dengan nutella ihsan daripada cik Tiey..terima kasih cik Tiey..hehe

ni dia sumber tenaga malam ni :



pssttt: dah kenyang,mengantuk pula,aiyaaa*

karenah rumet

Assalamualaikum

hai, selamat malam..malam ni aku pun tak tahu apa kena dengan roommate aku nih..tetiba beliau buang tebiat suruh aku ajarkan beliau pakai shawl tengah malam macam ni..aiyoo,,salah orang beliau minta tolong nih..aku pun tak pandai juga la..okay, takpe, demi roommate, aku cari tutorial dekat youtube sebab nak tolong beliau realisasikan karenah beliau tu..hee..lepas belit-II shawl/pashmina tu dekat kepala beliau, maka ini la hasilnya :-



ini first trial kami


Aku pun tak tahu apa nama cara nak pakai shawl macam ni,so jangan tanya aku okay?.lepas first trial jadi, so we decided to try another pashmina. Kali ni touch up sikit2 la..kasi ada umphh sikit.. ngeh3x



tadaaaa..siap!, yes, she's adorable.lucky me. eh,eh. sila jangan jealous,okay...opsss!! baru aku perasan, tertinggal lip gloss...nampak agak pucat di situ...tapi takpe..tetap comel bukan?hee.. 


pssttt: mengakrabkan lagi hubungan kami ^_^




ini kisah aku

Assalamualaikum...



Nampak boring kan tempat ni? okay, ni la view dari tingkap bilik aku.. eh,eh, ni bukan dekat rumah aku ye tapi dekat hostel aku..bila aku menjenguk dekat luar, ni je la aku aku dapat saksikan-- hutan, construction site, gelanggang tennis,.. teramat-amat la bosan..

Kawasan perumahan pun jauh dengan tempat aku ni.. nak cari kedai makan dekat-II area sini pun susah..bila weekend menjelma, memang susah la nak cari makan..kena keluar ke bandar semata-mata untuk sepinggan nasi.. tempat yang dekat dengan Uni aku ni hanya kolej TESDEC...nak buat dengan kolej tu..

Bas pun tak lalu dekat sini.. sangat menyedihkan, nak keluar pun susah..huhu


pssttt: sengaja aku nak coretkan part sedih hidup aku dekat sini..hihi 



Friday, 6 April 2012

don't forget to_______

Assalamualaikum

A very good evening people ^_^



pssttt:  do laugh, BUT don't laugh at other people because
you gonna get a punch at your face then. :p  

2 3 hari lepas

Assalamualaikum..

hai, sebenarnya nak tidur dah ni,, tapi tetiba pula mood rajin nak upload gambar ni datang.. okay, malas nak tulis banyak..so,ni gambar-II sepanjang 1&2 April baru-II ni...















sorry, mengantuk sangat dah ni...cukup la banyak ni kan? tak sempat nak tulis description for each of the picture :) so, faham-II sendiri je eh.. selmat malam,


pssttt: terima kasih :)



Thursday, 5 April 2012

garis masa

Assalamualaikum

Akhirnya, ada juga masa untuk aku menulis..huhu..okay,it will be a very short entry, I hope..hee.. just wanna to share what had happened.. sekarang aku tengah dalam minggu exam..-final exam-.. baru je habis exam untuk 1st paper iaitu  pengajian islam..3 more papers left..huhu..disebabkan baru habis exam, maka aku ambil la kesempatan yang ada ni untuk tulis sikit2... kata orang, biar la sikit daripada tak ada langsung kan..aik?ada kene mengena ke?


Minggu ni merupakan minggu yang boleh dianggap tough buat aku dan rakan yang seangkatan dengan aku. kenapa bole jadi tough sangat tu?. meh baca ni aku tulis.. ok, 31 mac 2012, hari sabtu, kami ke sekolah Sri Utama, Kuala Terengganu bagi membantu staffs dekat sekolah tu untuk hari sukan diorang. macam mana pula kami boleh terlibat tu? okay, sebenarnya kami terpaksa melibatkan diri kami kerana ianya merupakan sebahagian daripada assignment untuk subject physical education..dengan proposal yang kami buat dan beberapa kali meeting dengan pihak sekolah tersebut akhirnya tiba la hari sukan ni...ada markah tu..hmm,,malas pula nak cerita panjang-II.. ni tengok gambar je la ye

a) dengar taklimat dan arahan dulu..


b) memulakan tugas


c) antara barang-II untuk hari sukan ni


d) games yang kami propose menjadi acara utama 
pada hari sukan ini


e) ibu bapa & penjaga yang hadir


f) antara acara-IInya :










g) acara kemuncak- volcano experiment 




h) penyampaian medal dan hadiah




_________________________________________________________________

Belum hilang lagi penat hari sukan ni, 1 april kami mula buat rehearsal dan siapkan segala props yang kami perlukan untuk drama kami.. seriously, penat giler.. berlatih sampai lewat malam, ada juga yang berlatih sampai pagi buta. sebab ape? sebab drama kami tu pada 2 april,kami kesuntukan masa yang teramat sangat, *akibat kerja last minute* bagi memastikan drama tu dipersembahkan dengan baik maka terpaksa la berkorban. tambahan lagi ada pelajar-II dari dua buah sekolah yang akan datang untuk tengok, maka bertambah-II struggle la kami.. Malu la weyh kalau budak-II tu tengok persembahan yang hambar dari kami kan.. untuk yang ni aku malas nak upload gambar sebab gambar masih dalam camera..mohon maaf. nanti aku share okay?.. 

Alhamdulillah, akhirnya pada 2 april tu kami berjaya juga mempersembahkan drama yang boleh dikatakan hebat juga kot bagi golongan kami yang tidak pandai berlakon ni..ahaks..hihi..audiences yang datang pun berpuas hati..kami lagi la berganda-II puas hati..hahah.. di sebelah malam pula kami ada sedikit jamuan bagi meraikan apa yang telah kami buat.. oh, terlupa pula aku..Pada ketika aku tengah happy-II petang tu tiba-II aku dapat message dari kawan baik aku, beliau memaklumkan berita yang buat aku terus mengalirkan air mata bila baca,.. mak beliau telah pulang menghadap Ilahi.. Al- Fatihah buat mak kawan baik aku..moga-II mak beliau ditempatkan di kalangan orang-II yang beriman. Amin.


________________________________________________________________

3 April pula, penat aku masih tak hilang lagi.. aku rasa tidur aku pun belum qada' lagi ni..but I need to work on the sport's day report..pfffffttttttt... Terpaksa la aku berjaga lagi pada malam hari.. disebabkan mengantuk yang tak boleh aku nak tempis lagi, aku akhirnya tewas dan tertido la pada pukul 5 pagi tu dan bangun semula pada pukul 7 pagi..2 jam je aku tidur..eh, dah masuk 4 april ni.

_______________________________________________________________

di pagi hari 4 april, aku bersiap and then aku pergi breakfast roti canai dulu dekat cafe sebelum memulakan perjalanan aku ke library..dekat je library tu dengan hostel aku..hihi.. aku pun memulakan kembali kerja aku untuk menyiapkan report..perghhhh,, mata aku dah berpinar-II, jari aku dah tak mampu nk berlari-II dekat atas keyboard ni..kepala aku berat, muka aku nak sangat aku sembamkan kat atas meja masa tu.. tuhan je tahu macam mana aku rasa, maklum la aku tak biasa tidur lewat sangat-II ni... Pada pukul 3 petang akhirnya report aku siap untuk aku hantar pada esok harinya... esok hari tu juga aku akan ada exam,. aku bertambah tertekan sebab aku tak study lagi weyh...ayoyo..aku balik bilik terus aku tidur. pukul 6 lebih aku bangun and then mandi.. malam tu aku turun makan kat cafe dan lepas makan aku plan nak study tetapi aku hanya study sekejap je dan aku tetidur lagi....Aku tak mampu nak nak buka mata aku..huhu

______________________________________________________________

5 april (hari ni la), aku bangun solat subuh dengan penuh penyesalan di hati aku sebab aku tertidur semalam + aku tak study awal-II before ni. Aku dah terbiasa dengan cara aku ni yang suka buat benda last minute.,sangat susah untuk berubah ye...tapi aku rasa lega la sikit sebab exam pukul 2pm so aku ada la lagi masa nak study.., even masa yang aku ada ni singkat, tapi takpe la at least aku ada peluang lagi kan..sekarang ni aku cuma tawakal dan doa je moga-II result aku nanti tak la teruk sangat..
okay, now,it's time for me to focus on next paper pula :) before nak struggle for the next paper, aku nak pergi topup tidur dulu la..hihi..bye, have a nice day sweeties :D


pssttt: yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan pedoman :)