Selamat malam
Memang sukar nak expect bila sesuatu perkara tu akan berlaku terutama sekali kematian. Semuanya di tangan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kita sebagai hambaNya harus akur dengan setiap apa yang Allah kehendaki.
Sebentar tadi ketika aku sedang ber-twitter, salah seorang kawan di twitter aku tweet mengenai pemergian arwah Nurul Huda Baharuddin. Siapa beliau? okay, aku pun tak tahu sangat tentang beliau sebab aku hanya kenal beliau melalui blog beliau iaitu please, no paparazzi . . Sebab kematian beliau aku kurang pasti..apa pun, bila dah tiba masa untuk malaikat maut mencabut nyawa kita, tak kira la kita dalam sihat mahupun sakit, pasti malaikat maut akan tetap membawa roh kita pergi mengadap Ilahi..kematian itu sesuatu yang pasti kan.
Sebagai yang masih hidup ni, teruskan hidup dan jangan terlalu lalai dengan dunia dan mudah lupa tentang akhirat kerana kita tak tahu bila Allah S.W.T akan menjemput kita pulang ke sisiNya. Apapun, kita sama-II berdoa buat saudari Nurul Huda, moga-II roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-II yang beriman. Amin. Al- Fatehah buat beliau.
credited to I LUV ISLAM for picture
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini