Friday, 30 March 2012

wider your eyes

Assalamualaikum,

Just now, one of my friend in facebook shared this video and I never watch this video before.
This video has remembering me to the thing that I always forgot in my life that's to be thankful..As a human, sometimes I didn't realise that there are some people out there who has lose something precious in their life and I still have it.. Alhamdulillah, Allah still let me to have my family.

 * Ask not what your mother does for you, ask what you can do for your mother
 * Ask not what your father does for you, ask what you can do for your father
 * Ask not what your family does for you, ask what you can do for your family

:: hopefully, you guys could spend some of your time to watch this video..It's may help us for our reflection :) InshaAllah..



pssttt: don't forget about this one too :-
* Ask not what Allah does for you, ask what you have done as a servant of ALLAH :)




stressed out




Assalamualaikum..

I'm really stressed out right now,
I've lose my strength, I can't even smile, 
Ya Allah, please lend me a bit of Your strength..
So that I could through all of this.



pssttt: kata-II juga mampu melemahkan seseorang

Thursday, 29 March 2012

berehat sebentar bersama ________

Assalamualaikum...

agak lama jugak aku tinggalkan blog ni..bila final menjelang, banyak benda pulak yang nak kena fikir & buat...dan semalam baru aku perasaan sebenarnya creative presentation a.k.a drama untuk kelas kreativiti tu  tinggal beberapa hari  je lagi..aiyaaa....aku masih tak hafal skrip...tarian pun masih beterabur...hmm..lupakan la pasal drama tu..nanti aku cerita lagi..

  ______________________________________________________________

okay, nah untuk korang satu lagu..mungkin ada yang pernah dengar lagu ni..dan ada yang tak pernah dengar kan? Tak kisah la korang pernah dengar ke tak, aku tetap nak share juga..hahaha



aku suka lagu ni..lirik dia pun bermakna..ianya berkaitan diri kita dengan Maha Pencipta kita, Allah S.W.T..dengar la,kalau sekali dah dengar tu mesti nak dengar lagi :D

pssttt: even busy tapi masih ada sedikit masa untuk merapu di sini,,hihi. SEKIAN.

Tuesday, 20 March 2012

postwoman

Assalamualaikum...

POSTWOMAN? macam tak pernah dengar je,..eh,,jarang dengar la...ni mesti tersalah tulis ni, sebernanya nak tulis POSTMAN kan??haha.. tak,tak,tak....tujuan aku memang nak tulis postwoman,so jangan nak hairan sangat sampai berkerut-kerut dahi tu ye...kalau dekat Malaysia ni memang susah nak jumpa postwoman kan..aku sendiri pun tak pasti yang postwoman ni ada ke tak kat negara kita sebab aku tak pernah jumpa atau ternampak pun. Tapi kalau di negara luar postwoman ni ada je contohnya dekat negara seperti UK dan China.

Sebenarnya, aku berminat nak jadi postwoman ni*errrgh,macam hape cita-II kau ni,takde cita-II lain ke?*...okay,suka hati aku la..setiap orang tu ada cita-II dan pendapat sendiri kan. sama seperti aku..aku mula jatuh cinta dengan profession sebagai postwoman ni masa aku tengah menganggur dekat rumah tunggu result spm dulu.. bagi aku, pekerjaan ni nampak macam senang je...hahaha..kau hanya perlu hantar surat dan barang dekat alamat yang tertera..senang je kan..hurm,,kita kene la hargai kerja postman tu..tanpa diorang,tak sampai surat-II or barang-II dekat rumah even sekarang ni zaman dah moden, boleh hantar surat guna email je but still barang-II kita tak boleh hantar melalui email juga kan..hee ^_^..so, TERIMA KASIH POSTMAN

Masa aku jadi pengangur dulu-II, aku pernah tanya mak aku,"ma,boleh tak nak jadi postwoman"..harhar...mak aku dengan tegas menjawab "ha, elok la tu nak kerja macam tu tu...tak payah nak mengada-ngada..nak kena naik motor ke sana sini..bahaya!"..apabila dah kena macam tu..aku senyap je la...aku faham perasaan mak aku tu...mungkin dia terlalu sayangkan aku..ngeh3...*kembang kempis lubang idung ni,perasaan giler*....tapi aku sangat berharap yang aku akan diberi peluang jadi postwoman even SATU hari je....hee..aku tetap nak rasa macam mana jadi postwoman tu..tak kira..tak kira,,nak jugak! *gedik melampau*



pssttt: lesen pun takde lagi tapi berangan nak jadi postwoman..aiyaaa

Sunday, 18 March 2012

hari-hari aku

Assalamualaikum..

selamat pagi sabtu semua...seperti biasa weekend aku dekat sini boleh dikatakan hari paling boring dalam satu minggu tu..sebab ape?sebab takde apa yang aku nak buat *even homework+assignment berlambak*. Okay, meh sini aku nak cerita sikit life aku as a student dekat sini.dekat mana? dekat UCSI university Terengganu Campus la..dekat mana tu?, macam tak pernah dengar je..kalau tak tahu, pergi nuh search dekat MR Google,beliau pasti tahu!hahaha
Seperti Uni-II yang lain juga, aku akan ada kelas dari hari ahad sampai khamis. mula-mula tu aku agak awkward juga la sebab kalau dekat negeri asal aku hari ahad tu cuti dan hari jumaat tu pula hari bersekolah/kerja..kekadang tu aku confius pasal hari ni..aiyaa,,hari pun nak confius-II..gedik sangat! tapi sekarang aku dah terbiasa,kalau tak terbiasa lagi tu memang tipu la kan, dah setengah tahun dekat sini.

Sebenarnya, bukan setakat weekend je aku boring tapi hari-II biasa pun aku agak boring juga. kenapa? aku rasa, might be cause I'm a boring person, that's why I get bored..tak faham apa maksud aku tu? bagi yang faham,terima kasih,sayang korang lebih!hahaha..Aku sememangnya seorang manusia yang sangat boring, kenapa? sebab aku pemalas..contohnya? bila roommate aku ajak keluar,aku akan cakap "emm,tengok la dulu..rasa malas la nak keluar sebab malas nak iron baju,malas nak itu..malas nak ini"..Betapa banyaknya MALAS ak tu..contoh yang lain, "Adda(aku) boring la asyik duduk dalam bilik, jom pergi tengok tv dekat bawah" ajak roommate aku..dan seperti biasa aku membalas "errrr,takpe la,Fatma turun la,Adda MALAS nak nak turun la.." Aku tahu, dia mesti bermonolog dalam hati kecil dia tu mengatakan 'aishhh,,boring betul la roomate macam ni,yang tu xnak,yang ni pun malas,huh!'..hahaha..pepandai je aku assume macam tu..entah-II dia tak pernah cakap apa pun..

Apa yang aku buat dari aku bangun tidur tadi sampai la sekarang.? bangun pepagi lagi sudah tentu la untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang islam dulu kan takkan ber-facebook pulak..kalau bangun pepagi terus kejar urusan dunia tanpa melakukan perkara yang wajib dulu, hilang sudah keberkatan tu..kita hidup  dekat atas bumi sementara ni mesti la nak hidup dengan keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan supaya apa yang kita buat tu tidak sia-II, so, nak dapat berkat tu, tunaikanla perkara-II yang wajib kita tunaikan tu dengan ikhlas ye *chewaahh,dah macam pakar motivasi* harharhar.. Sesudah selesai tu,,aku pun mula la dengan rutin harian aku..on lappy and then sign in facebook even fb tu sebenarnya bagi aku dah boring tapi takde pilihan,nak main tweeter boring juga,kawan kat twitter berapa kerat je..asyik-II tweet sorang-II...jadi,fb jugak la tempat yang boleh aku tuju untuk hilangkan rasa bosan ni..saje nak tengok cerita-II menarik yang keluar dekat home aku tu..tak kira la pasal sesiapa pun..janji ianya menarik,aku  suka baca..daripada baca gosip-II baik baca buku kan,.tapi tu la masalahnya, aku agak malas nak membaca buku..hee

That's why la aku pilih untuk menjadikan blog ni sebagai tempat contengan bagi aku seorang pemalas ni supaya masa terluang tu boleh la aku guna bagi mencoret kisah-II hidup aku yang tak xseberapa ni..kalau nak tulis dalam buku diari, hurmm..memang tak la..aku tak berapa nak rajin nak menulis,tambahan pula tulisan aku dah macam cakar itik..lagi pun aku memang akan mengadap lappy hampir setiap detik dan saat,so apa salahnya merepek-II dekat sini sekejap..hihihi..eh,,rasa macam dah panjang je ni..stop dekat sini dulu la...ha,bagi blogger(s) yang secara tak sengaja terjumpa dan terbaca blog aku ni,terima kasih ye,kalau ada apa-II yang nak komen pasal blog aku ni,sila la berbuat demikian..aku sngat-II menggalakkan kritikan yang membina dari kalian semua untuk improve lagi blog aku ni..maklum la,,aku masih baru dalam dunia blog ni..baru beberapa hari je...jangan segan silu untuk berbuat demikian ye..-:) sekian





pssttt: sedang berusaha mengubah diri menjadi sedikit rajin.harharhar

Friday, 16 March 2012

kedekut senyuman

Assalamualaikum

Selama 6 bulan aku dekat bumi Terengganu ni, apa yang aku perasan orang dekat sini susah nak senyum terutama cashier dekat pasaraya,atau pun mana-mana kedai. Aku sendiri pun hairan. Bukanlah maksud aku nak suruh mereka tersengih 24 jam but please senyum la sikit. Bukan susah pun, tak menjejaskan apa-apa pun kalau senyum kan? Bukankah senyum tu sedekah, kalau dah sedekah mesti dapat pahala kan?taknak ke pahala kering macam tu je..see,bukan susah nak dapat pahala tu.


  • kan manis kalau senyum macam pakcik ni :)



  • Kalau rasa susah nak senyum juga, cuba la buat macam ni, at least orang akan tahu dan nampak korg cuba untuk senyum walaupun tak ikhlas  :D



pssttt: takde niat nak condemn orang negeri ni, 
sekadar luahan hati seorang perantau :)

wabak tudung bawal

Assalamualaikum..

Hi,






Okay, untuk entry keempat ni *baru empat? ape celopp yob!*, aku memang sengaja nak kongsi tentang tudung bawal plain yang sekarang ni merupakan "hotstuff" dikalangan wanita tak kira berapa pun usia mereka..Nak kata tudung bawal ni fesyen baru tak la juga sebab before ni, pada zaman nenek, mak aku dah ada pun tudung macam ni. Cuma ada perbezaan sikit je antara tudung bawal dulu dengan sekarang, ye la kan..zaman dah berubah,manusia pun dah maju so mesti la ada pembaharuan juga pada tudung bawal tu kan.

Kelainan yang aku nampak adalah warna tudung tu..sebelum ni, tudung bawal tu hanya ada satu tone warna je kalau aku tak silap la sebab aku ni bukan la up-to date sangat.. tapi sekarang ni dah ada sampai tiga tone warna dah... pergi je dekat mana-mana, sekolah,pasar,kolej,hospital and etc mesti korang boleh nampak fenomena tudung bawal ni dan sudah pastinya korg jugak tak terlepas dari fenomena ni kan?hahaha.. setakat ni, aku takde lagi beli tudung bawal plain tu sebab bagi aku ianya bukan lah stu keperluan bagi aku..*bukan bermakna aku free hair ye!*..

bagi yang tak tahu macam mane rupa tudung bawal yang menjadi dambaan setiap gadis dan wanita masa kini, meh aku tunjukkan...^_^

ha yang ni tudung bawal satu tone di mana tone dia sama je

yang ni pulak dua tone sebab kalau dilihat tudung ni ada
 2 bahagia iaitu bahagian gelap dan bahagian cerah juga..

ni la dikatakan tiga tone, tengok tu ada 3 bahagian warna dia kan :D


Bukan sahaja tone warna je yang berbeza malah cara orang zaman sekarang pakai tudung bawal tu pun agak berlainan dari zaman dulu...

kalau dulu, akak-akak, makcik-makcik,adik-adik pakai tudung macam ni la kot,hihihi


tapi sekarang dorang dah ubah cara pakai tudung tu jadi macam-macam fesyen dah,antaranya :-



dan macam-macam lagi..kalau nak tengok tutorial macam mana nak pakai tudung macam ni boleh la tengok youtube tu ye...
Rasanya takde apa dah nak tulis ni.. tak kisah la apa jenis tudung korang nak pakai, it's doesn't matter as long as tudung tu menutup aurat korang as muslimah :)


                      pssttt: agak-agak lepas ni ada tak fesyen tudung saji plak, just wait and see!~:p