Sunday, 18 March 2012

hari-hari aku

Assalamualaikum..

selamat pagi sabtu semua...seperti biasa weekend aku dekat sini boleh dikatakan hari paling boring dalam satu minggu tu..sebab ape?sebab takde apa yang aku nak buat *even homework+assignment berlambak*. Okay, meh sini aku nak cerita sikit life aku as a student dekat sini.dekat mana? dekat UCSI university Terengganu Campus la..dekat mana tu?, macam tak pernah dengar je..kalau tak tahu, pergi nuh search dekat MR Google,beliau pasti tahu!hahaha
Seperti Uni-II yang lain juga, aku akan ada kelas dari hari ahad sampai khamis. mula-mula tu aku agak awkward juga la sebab kalau dekat negeri asal aku hari ahad tu cuti dan hari jumaat tu pula hari bersekolah/kerja..kekadang tu aku confius pasal hari ni..aiyaa,,hari pun nak confius-II..gedik sangat! tapi sekarang aku dah terbiasa,kalau tak terbiasa lagi tu memang tipu la kan, dah setengah tahun dekat sini.

Sebenarnya, bukan setakat weekend je aku boring tapi hari-II biasa pun aku agak boring juga. kenapa? aku rasa, might be cause I'm a boring person, that's why I get bored..tak faham apa maksud aku tu? bagi yang faham,terima kasih,sayang korang lebih!hahaha..Aku sememangnya seorang manusia yang sangat boring, kenapa? sebab aku pemalas..contohnya? bila roommate aku ajak keluar,aku akan cakap "emm,tengok la dulu..rasa malas la nak keluar sebab malas nak iron baju,malas nak itu..malas nak ini"..Betapa banyaknya MALAS ak tu..contoh yang lain, "Adda(aku) boring la asyik duduk dalam bilik, jom pergi tengok tv dekat bawah" ajak roommate aku..dan seperti biasa aku membalas "errrr,takpe la,Fatma turun la,Adda MALAS nak nak turun la.." Aku tahu, dia mesti bermonolog dalam hati kecil dia tu mengatakan 'aishhh,,boring betul la roomate macam ni,yang tu xnak,yang ni pun malas,huh!'..hahaha..pepandai je aku assume macam tu..entah-II dia tak pernah cakap apa pun..

Apa yang aku buat dari aku bangun tidur tadi sampai la sekarang.? bangun pepagi lagi sudah tentu la untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang islam dulu kan takkan ber-facebook pulak..kalau bangun pepagi terus kejar urusan dunia tanpa melakukan perkara yang wajib dulu, hilang sudah keberkatan tu..kita hidup  dekat atas bumi sementara ni mesti la nak hidup dengan keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan supaya apa yang kita buat tu tidak sia-II, so, nak dapat berkat tu, tunaikanla perkara-II yang wajib kita tunaikan tu dengan ikhlas ye *chewaahh,dah macam pakar motivasi* harharhar.. Sesudah selesai tu,,aku pun mula la dengan rutin harian aku..on lappy and then sign in facebook even fb tu sebenarnya bagi aku dah boring tapi takde pilihan,nak main tweeter boring juga,kawan kat twitter berapa kerat je..asyik-II tweet sorang-II...jadi,fb jugak la tempat yang boleh aku tuju untuk hilangkan rasa bosan ni..saje nak tengok cerita-II menarik yang keluar dekat home aku tu..tak kira la pasal sesiapa pun..janji ianya menarik,aku  suka baca..daripada baca gosip-II baik baca buku kan,.tapi tu la masalahnya, aku agak malas nak membaca buku..hee

That's why la aku pilih untuk menjadikan blog ni sebagai tempat contengan bagi aku seorang pemalas ni supaya masa terluang tu boleh la aku guna bagi mencoret kisah-II hidup aku yang tak xseberapa ni..kalau nak tulis dalam buku diari, hurmm..memang tak la..aku tak berapa nak rajin nak menulis,tambahan pula tulisan aku dah macam cakar itik..lagi pun aku memang akan mengadap lappy hampir setiap detik dan saat,so apa salahnya merepek-II dekat sini sekejap..hihihi..eh,,rasa macam dah panjang je ni..stop dekat sini dulu la...ha,bagi blogger(s) yang secara tak sengaja terjumpa dan terbaca blog aku ni,terima kasih ye,kalau ada apa-II yang nak komen pasal blog aku ni,sila la berbuat demikian..aku sngat-II menggalakkan kritikan yang membina dari kalian semua untuk improve lagi blog aku ni..maklum la,,aku masih baru dalam dunia blog ni..baru beberapa hari je...jangan segan silu untuk berbuat demikian ye..-:) sekian





pssttt: sedang berusaha mengubah diri menjadi sedikit rajin.harharhar

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini