Assalamualaikum
Pejam celik, pejam celik, dah seminggu rupanya cuti aku berlalu.
tinggal lebih kurang seminggu lebih je lagi aku dapat duduk rumah.
sepanjang seminggu lalu, aku habiskan masa kan kampung aku je since nenek pun tak berapa sihat lagi dan abah pun perlukan tempat yang kurang bising & nyaman untuk rehat.
As i mentioned before that i'm going to use all the time that i have along this holidays wisely kan
BUT i failed to do so because....
hmm, no one to blame.
It's my fault, yes, it's my fault!
i didn't even put a small effort to implement my plans.
aku cuma terus layan sikap pemalas aku nih.
Okay, nothing to regret.
Masa dekat umah nenek haritu, aku ada try buat sotong celup tepung, rasa sotong tu okaylah,
takde lah sesedap yang kat kedai tu. But it's okay la kan, it was my first trial, lepas ni kalau aku buat lagi confirm sedap dah #erk, (masuk lif, tekan sendiri) haha
Maaf ye, tak dapat nak tunjuk gambar hasil sotong celup tepung aku tu. Bukan takde, aku kurang rajin je nak transfer gambar tu dari handphone aku. Ala, rupa sotong celup tepung aku tu sama je macam yang ada kat dalam google image tu. hee
Sampai sini dulu, bye! XD
Thursday, 20 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
12.12.12
Assalamualaikum
Apa yang menarik sangat dgn 12.12.12 ni?
mestilah menarik sebab lepas ni takde dah tarikh macam ni okay,
13.13.13 pun confirm dah takde, 11.11.11 pun dah lepas.
So, ramai la yang update status pasal tarikh ni,
ada yang kahwin la, ada yang dapat adik, anak la..dan blablalaaa~~..
Begitu juga dengan aku..
Today, me officially have done my foundation year..
no more foundation.
ALHAMDULILLAH
esok dah boleh balik, hooyeahhh.
banyak benda yang aku plan nak buat sepanjang cuti ni,
harap2 berjalan la apa yang aku rancangkan untuk cuti dua minggu ni.
kata orang, manfaatkanlah cuti dengan sebaik-baiknya walaupun singkat,
cewaahh
eh,eh? dua minggu je cuti? sekejap giler!
hmm, orang lain cuti berbulan sebelum proceed degree,
aku pulak cuti dua minggu je, nak buat mcm mana kan :'(
but it's okay la, as long as i still got some break before degree.
kalau tak cuti langsung, boleh jadi tak betul aku..#eh
Okay, nah, some of the pictures yang diambil hari ni,
*penghargaan: terima kasih budak pakistan dgn pakcik kaunter depan kerana tolong snapkan gambar kami :D
Pssttt: next year, we need to practice to wear formal attire with the name tag, maybe? barulah nampak macam cikgu cikgi kan? :D
Apa yang menarik sangat dgn 12.12.12 ni?
mestilah menarik sebab lepas ni takde dah tarikh macam ni okay,
13.13.13 pun confirm dah takde, 11.11.11 pun dah lepas.
So, ramai la yang update status pasal tarikh ni,
ada yang kahwin la, ada yang dapat adik, anak la..dan blablalaaa~~..
Begitu juga dengan aku..
Today, me officially have done my foundation year..
no more foundation.
ALHAMDULILLAH
esok dah boleh balik, hooyeahhh.
banyak benda yang aku plan nak buat sepanjang cuti ni,
harap2 berjalan la apa yang aku rancangkan untuk cuti dua minggu ni.
kata orang, manfaatkanlah cuti dengan sebaik-baiknya walaupun singkat,
cewaahh
eh,eh? dua minggu je cuti? sekejap giler!
hmm, orang lain cuti berbulan sebelum proceed degree,
aku pulak cuti dua minggu je, nak buat mcm mana kan :'(
but it's okay la, as long as i still got some break before degree.
kalau tak cuti langsung, boleh jadi tak betul aku..#eh
Okay, nah, some of the pictures yang diambil hari ni,
*penghargaan: terima kasih budak pakistan dgn pakcik kaunter depan kerana tolong snapkan gambar kami :D
24 of future teachers. May the next four year will be great for all of us!. :)
Saturday, 1 December 2012
Kehadiran disember
Assalamualaikum
Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah ini. Sedar tak sedar dah masuk bulan disember rupanya, cepat sungguh masa berlalu. Setiap detik, saat dan minit yang kita bazirkan tu memang tak terasa pun kan. Inilah salah satu petanda yang bumi yang kita diami sekarang ni dah berada di hujung usianya. Astaghfirullah.
Bulan November merupakan bulan yang penuh cabaran buat keluarga aku. Satu persatu ujian datang menimpa keluarga kami. Aku reda, ujian tu kan salah satu tanda Allah sayang kita. Alhamdulillah, walaupun diberi ujian oleh Allah, namun Dia yang Maha mengasihani jugalah yang telah meminjamkan kekuatan dan kesabaran buat kami sekeluarga untuk mengharungi ujian ni. Allah takkan uji hambaNya kalau kita tak mampu kan. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
Sedikit coretan bulan november; Di pertengahan bulan november lalu, nenek jatuh sakit tiba2 sehingga menyebabkan beliau tidak mampu berjalan. Nasib baik la time tu cuti sekolah dah start so kami sekeluarga boleh lah jaga nenek di kampung. Belum sempat nenek sembuh, abah aku pula ditimpa kemalangan. Abah mengalami pendarahan dalam kepala, tempurung kepalanya mengalami sedikit keretakan dan sehingga sekarang abah masih sakit lagi, :'( Aku hanya mampu berdoa semoga Allah kurangkan kesakitan yg abah tanggung tu. Amiin. Dalam masa yang sama aku tetap bersyukur kerana Allah tidak ambil ayah daripada kami. Sesungguhnya aku masih belum bersedia untuk kehilangan seorang pun ahli keluarga aku.
Aku berharap moga bulan disember ini menjadi bulan penamat yang baik bagi tahun 2012 buat keluarga aku, In Shaa Allah. Entry kali ni berakhir kat sini dulu ye. Daaaa~
pssttt: Terima kasih buat semua kawan2 yg sentiasa memberi semangat dan mendoakan kesihatan abah,

Sunday, 21 October 2012
menangislah
Assalamualaikum
Aku seorang yg sangat sensisitive, bila orang marah, aku mudah menangis, bila baca artikel atau tengok video pasal org sakit atau oku, mata aku akan turut mengalirkan air mata, tengok atuk2 atau nenek kat tepi jalan pun aku sedih..lapar pun boleh buat aku menangis..kalau parent aku tak jawab call aku lagi la senang menangis..time abah& ma hantar aku pergi stesen bus, automatically mata aku akan berair..banyak benda boleh buat aku menagis..dalam situasi gembira pun aku menangis juga,,menangis kegembiraan.hehe...pendek kata, menangis tu memang part time job aku la..my family members call me 'lenje' sebab sifat aku yg kuat menagis tu tapi aku tak kisah pun..
Tapi, menangis tu ada kebaikannya..*baru baca tadi* so aku copi&paste kat blog aku ye, boleh? hehe.. setiap ciptaan Allah tu kan ada hikmahnya.. begitu juga dengan sepasang mata kita ni..Antara kebaikan menangis adalah :-
Menangis boleh membersihkan mata
Alasan yang paling penting, mengapa menangis itu perlu. Air mata yang keluar semasa menangis boleh membuat mata lebih segar. Air mata melumasi bola mata dan kelopak mata dan juga mencegah dehidrasi pada membran mukosa.
Air mata membunuh bakteria
Air mata bekerja sebagai agen anti-bakteria dan anti-virus, melawan kuman. Apatah lagi ketika anda sedang berada di pusat membeli-belah dan tempat-tempat yang menjadi sarang kuman. Air mata mengandungi Lisozim, cecair, yang dapat membunuh 90 hingga 95 peratus dari semua bakteria hanya dalam 5-10 minit.
Air mata memperbaiki suasana hati
Perkara ini diyakini bahawa menangis dapat menurunkan tingkat emosi seseorang. Air mata yang tidak dikeluarkan justeru boleh menimbulkan kecemasan, kegelisahan, lekas marah, keletihan, pencerobohan, gangguan emosional, dan seluruh perasaan yang hidup dalam diri anda.
Air mata mengurangkan Stress
Sama seperti bersenam, air mata boleh membantu meringankan stress. Air mata membantu menghilangkan beberapa bahan kimia yang dibina dalam tubuh akibat stres, seperti enkephalin leusin dan prolaktin. Air mata boleh menekan peringkat stres, dan seperti diketahui jika stres lama bersarang dalam diri seseorang, boleh menyumbang memperparah penyakit seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, dan tukak lambung.
Air mata membebaskan perasaan
Menangis bagi kaum wanita bolehlah disifatkan bagaikan terapi bagi mereka, boleh menurunkan kecemasan dan kecewa. Menangis boleh membersihkan semua fikiran anda dan dianggap sangat sihat juga mampu mencipta perasaan lebih santai. Jadi, biarkan perasaan sedih dan tertekan diluahkan dengan tangisan

credited to akuanakpahang.blogspot.com
pssttt: banyaknya manfaat yg aku dapat bila kau menangis,,ngeh3 :D
Saturday, 20 October 2012
Minat bukan alasan
Assalamualaikum
Alhamdulillah, sekarang ni dah sem last aku untuk asasi, insyAllah jika dipanjangkan usia, bulan januari tahun depan aku dengan 23 orang rakan aku yg lain akan memulakan pengajian ijazah dalam bidang TESL. semoga dipermudahkan. hmm, tak sangka, Allah takdirkan aku untuk berada dalam bidang yg tak pernah aku rancang. Pilihan aku sebelum ni mostly in accounting dgn course2 berkaitan dgnnya. Masa aku buat permohonan UPU dan IPG dulu pun TESL bukan dalam list yg aku apply. Temuduga ipg dulu pun aku ditemuduga untuk bidang lain dan bukannya TESL ..namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya kan. SUBHANALLAH..mungkin inilah bidang yg terbaik buat aku. mudah-mudahan :')
Bagi sesetengah orang, belajar TESL tu mudah tetapi tidak bagi aku. Sejujurnya, aku tak minat pun bidang ni tapi aku pun tak pasti kenapa aku tetap memilih untuk berada kat sini sedangkan aku selesa belajar dekat UIA dulu.. hmm, mungkin sebab ayah aku.
Walaupun TESL ni agak sukar bagi aku, namun aku yakin aku mampu. Takkan kawan2 aku boleh buat, aku tak boleh kan? Aku yakin dengan apa yg Allah telah tetapkan untuk aku. mungkin ianya susah buat aku sekarang sebab ini bukan minat aku tetapi siapa tahu ada sesuatu yang baik bakal meyusul di masa hadapan. Allah Maha Mengetahui segala-galanya seperti dalam surah al-Baqarah ayat 216:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
pssttt: Always have faith in Allah :')

credit to senyom design
Subscribe to:
Posts (Atom)