Saturday, 1 December 2012

Kehadiran disember

Assalamualaikum



Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah ini. Sedar tak sedar dah masuk bulan disember rupanya, cepat sungguh masa berlalu. Setiap detik, saat dan minit yang kita bazirkan tu memang tak terasa pun kan. Inilah salah satu petanda yang bumi yang kita diami  sekarang ni dah berada di hujung usianya.  Astaghfirullah.

Bulan November merupakan bulan yang penuh cabaran buat keluarga aku. Satu persatu ujian datang menimpa keluarga kami. Aku reda, ujian tu kan salah satu tanda Allah sayang kita. Alhamdulillah, walaupun diberi ujian oleh Allah, namun Dia yang Maha mengasihani jugalah yang telah meminjamkan kekuatan dan kesabaran buat kami sekeluarga untuk mengharungi ujian ni. Allah takkan uji hambaNya kalau kita tak mampu kan. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

Sedikit coretan bulan november; Di pertengahan bulan november lalu, nenek jatuh sakit tiba2 sehingga menyebabkan beliau tidak mampu berjalan. Nasib baik la time tu cuti sekolah dah start so kami sekeluarga boleh lah jaga nenek di kampung. Belum sempat nenek sembuh, abah aku pula ditimpa kemalangan. Abah mengalami pendarahan dalam kepala, tempurung kepalanya mengalami sedikit keretakan dan sehingga sekarang abah masih sakit lagi, :'( Aku hanya mampu berdoa semoga Allah kurangkan kesakitan yg abah tanggung tu. Amiin. Dalam masa yang sama aku tetap bersyukur kerana Allah tidak ambil ayah daripada kami. Sesungguhnya aku masih belum bersedia untuk kehilangan seorang pun ahli keluarga aku.

Aku berharap moga bulan disember ini menjadi bulan penamat yang baik bagi tahun 2012 buat keluarga aku, In Shaa Allah. Entry kali ni berakhir kat sini dulu ye. Daaaa~




pssttt: Terima kasih buat semua kawan2 yg sentiasa memberi semangat dan mendoakan kesihatan abah,  

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini