Saturday, 13 July 2013

"Cikgu, U tu apa?"

Assalamualaikum

Hai. Hari ni dah 4 Ramadan. Alhamdulillah. Tahun ni merupakan tahun ke 3 aku sambut ramadan jauh dari rumah & keluarga. Sedih. Takpelah, mungkin ada hikmah disebaliknya,insyaAllah.


*******

Tiba-tiba teringat pulak dekat students Sk Kuala Tembeling, tempat aku ber-PBS buat kali pertama. Rindu barangkali.hee.

Teringat dekat seorang murid ni,aku lupa nama dia, yela,berpeluang masuk kelas diorang sekali je,tu pun dah last day aku PBS dekat situ. Tak sempat nak hafal nama diorang semua. Tapi aku masih simpan gambarnya, ni dia:


Last day PBS, aku dapat relief class untuk subjek BM. Cikgu BM tu sendiri minta tolong aku untuk gantikan tempat dia sebab dia ada urusan, memandangkan aku ni seorang yang masih baru, memang nak la peluang macam ni, pengalaman kan. Belajar teori dengan praktikal sangat lah tak sama, bagi aku. Masa belajar dalam kelas, boleh buat lesson plan yang cun melecun, mock teaching pun apa kurang hebatnya tapi bila betul2 kena mengajar, seriously aku macam tak boleh nak apply je apa yang aku dah belajar. 

Segala teknik & jurus yang menarik maha berkesan tu semua aku lupa. Maybe sebab first time kot. InsyaAllah, next PBS aku akan cuba yang terbaik. Memandangkan aku takde idea nak ajar apa dekat dorang ni, aku suruh diorang siapkan mana-mana homework yang dorang ada, & aku akan tolong yang mana diorang tak faham. Budak-budak ni bagus-bagus, dengar cakap. Semua keluarkan buku BI dorang & aku pun dah macam hape je duk ke hulu ke hilir sebab semua orang nak panggil aku.

Sepanjang PBS dekat sekolah ni, aku berpeluang ganti cikgu-cikgu lain sebayak 4 kali kalau tak silap la. First kelas yang aku dapat masa first day aku ber-PBS adalah darjah 5, & hari-hari seterusnya aku berpeluang masuk kelas darjah 3 (2 kali) & darjah 2. Kelas lain-lain, aku cuma masuk dan observe cara cikgu tu mengajar je. Alhamdulillah, semua tu pengalaman yang cukup berharga buat aku, sebagai seorang bakal pendidik ni.

Oh ye, kembali semula kepada cerita tentang  pelajar lelaki (gambar) yang aku share ni. Sebenarnya, takde apa sangat pun. aku pun tak nampak apa point yang cuba aku sampaikan ni,sekadar nak berkongsi je kot..haha..Okay, lepas je diorang semua siap buat homework tu, aku ajak diorang tangkap-tangkap gambar sebagai kenangan & untuk dimasukkan dalam report aku nanti. Semua orang excited sampai aku pun dah macam apa; ada yang nak dukung la sampai tertarik tudung aku, nak jadi photographer la..macam-macam. Sampai senget benget dah cikgu ni. 

Pada masa yang sama, ada la beberapa orang yang tanya " cikgu, minggu depan cikgu masuk tak kelas kitaorang? masuk lah,masuk lah..". "tak, cikgu dekat sini sampai hari ni je, esok cikgu dah kena balik U dah, lain kali cikgu datang lagi ye?". Lepas tu, budak lelaki (gambar atas) ni pun tanya aku "cikgu, U tu apa? mak saya cakap nanti bila dah besar, saya kena masuk U juga". "oh, U tu maksud dia universiti. Sama je macam sekolah, cuma U tu lagi best dari sekolah. Kalau awak nak jadi angkasawan,doktor,cikgu & etc, awak kena la belajar rajin-rajin, nanti boleh masuk U." "ohhh, patut la mak saya suruh saya masuk U.hehe".

Itu je aku nak share kot, sedikit pengalaman pertama aku ber-PBS. Sampai sini dulu, aku akhiri entry ni dengan beberapa keping gambar pelajar tahun 1Sk Kuala Tembeling ye. BYE!






:')





2 comments:

  1. nak kawal students bukan perkara yang mudah.
    semoga bisa menjadi guru yang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,macam-macam ragam ada. terima kasih atas doa tu :)

      Delete

Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini