Wednesday, 10 July 2013

buat Asiyah :')

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menyambut & menikmati ramadan yang penuh barakah ni. Selamat menjalani ibadah puasa ye semua ^^. Semoga segala amalan kebaikan yang kita lakukan pada bulan yang penuh keberkatan ini diterima Allah SWT. InsyaAllah.

********

Di saat berpeluang untuk meng-update blog ni (akhirnya),  aku juga ingin mengucapakan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat sahabat yang selalu membantu aku dalam mentarbiyah & membetulkan diri aku yang banyak kekurangan ni iaitu Asiyah Binti Mat Ratin.

Asiyah,

Terima kasih kerana sudi jadi sahabat Ada, jadi tempat untuk Ada luahkan segala kemuskilan, sanggup dengar masalah-masalah Ada & sentiasa bagi nasihat dekat Ada. Walaupun kita cuma berkesempatan untuk kenal kurang dari 3 bulan tapi Asiyah merupakan kawan yang sangat-sangat baik bagi Ada. Terima kasih juga sebab jadi 'kayu balak' Ada masa dekat CFS  IIUM  dulu. You will always be my only 'kayu balak'.hahaha. 

Apapun,selamat ulang tahun kelahiran -20. Semoga Asiyah menjadi anak yang solehah yang sentiasa diberkati Allah. Semoga Asiyah juga berjaya & sentiasa mendapat keredaan Allah dalam apa jua perkara yang Asiyah lakukan .InsyaAllah. 


SANAH HELWAH !
-09 Julai-

*kad birthday untuk Asiyah






semoga persahabatan kita kekal buat selama-lamanya, InsyaAllah

pssttt: I'm supposed to say "Happy Belated Birthday" to you kan? I'm so sorry.

*kredit gambar-Incik Google.

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini