Sunday 3 February 2013

SEGMEN: Blogwalking & Kenali IPT

Assalamualaikum.

Hai korang yang cantik, manis, hensem, kacak & etc,tolong rajinkan diri anda tekan SINI . Terima kasih :)



Kepada sesiapa yang sudah atau pun sekarang ni masih lagi menuntut di IPT, jom join segmen adik Husna Umairah . Segmen yang sangat berguna, sambil-sambil kita ber-blogwalking, kita juga dapat mengenali IPT-IPT yang ada dekat negara ni di samping dapat membantu Husna & calon-calon spm 2012 yang lain yang tengah mencari maklumat tentang IPT kan. Okay, meh aku ceritakan serba sedikit tentang IPT, tempat aku menimba ilmu sekarang ni.

IPT yang bakal aku kongsikan ni adalah IPTS iaitu UCSI University (University College Sedaya International).               
                                                         SELAMAT DATANG :D 


pintu masuk UCSI kampus Terengganu

bangunan admin



UCSI University ni ada 3 kampus iaitu kampus Kuala Lumpur, Terengganu dan Sarawak. Kampus utama adalah di  Cheras, Kuala Lumpur. Maybe ramai yang tak pernah dengar pasal UCSI ni sebab aku  sendiri sebelum ni pun tak kenal UCSI sehinggalah aku dapat tawaran untuk sambung belajar dekat sikit selepas spm. Aku sekarang berada di kampus Terengganu, kampus dekat sini kecil je, baru ada 3 bangunan, masih lagi dalam pembinaan dan terletak di daerah Marang & bersebelahan dengan kolej TESDEC. 

Kampus Terengganu ni terletak agak pedalaman (tak pedalaman mana pun), terletak di atas bukit & tengah-tengah hutan. Tapi jangan risau, keselamatan korang pasti terjamin, InsyaAllah. Dari kampus ke bandar Terengganu pun tak jauh sangat, dalam 20-30 minit je. Transport nak ke bandar pun disediakan 2kali sehari. Tapi kalau nak keluar ke mana-mana tempat bila-bila masa pun boleh. Even terletak di tengah-tangah hutan tapi kemudahan yang ada dekat sini boleh dikategorikan sebagai tiptop jugak tau ( bagi aku). Antara facilities yang ada dekat kampus Terengganu ni, korang boleh terjah dekat SINI . Staffs dekat sini pun baik-baik belaka. :)

Kampus Terengganu ni tak menawarkan banyak kos, ada lebih kurang 4 kos je (yang aku tahu)  sebab kampus masih lagi kecil, tak mampu lagi nak menampung bilangan students yang ramai. Dekat sini ada kos medic, early childhood, english& education, oil & gas management & business (kalau tak silap aku la). Kampus dekat KL memang banyak pilihan. Antara kos yang ditawarkan dekat UCSI ni korang boleh tengok dekat SINI . Untuk accomodation pulak korang boleh tekan SINI . Kalau nak tahu lebih banyak maklumat tentang UCSI ni korang boleh layari terus alamat web utama UCSI University ye. 

Oh ya, lecturers dekat sini pun okay jugak, korang akan diajar oleh lecturer tempatan dan juga antarabangsa dan bahasa pengantar dekat sini mesti lah Bahasa Inggeris (nak cakap melayu,siam,kelatan,perak & etc pun takpe je) B. Inggeris digunakan bagi menghormati international lecturer dan students yang ada dekat sini. Kalau guna bahasa kita ni, takut dorang terasa (biasa kalau guna BM atau apa-apa loghat, dorang ingat kita kutuk dorang) Dekat sini aku ambil kos pendidikan; Bachelor of Education (Hons) in Primary English, kalau di BM kan kos aku ni bunyi pelik pulak. Aku belajar dekat sendiri bukan dengan duit sendiri mahupun sponsor dari ayah & mak aku. Bahagian Pendidikan Guru yang tolong bayarkan. huk.. Alhamdulillah, rezeki.. kitaorang ni kiranya pioneer & first batch untuk program baru ni (collaboration antara government dengan IPTS). 

Macam panjang je entry aku nih, nanti Husna taknak baca pulak..huhu. Okaylah, meh aku sajikan beberapa gambar untuk korang;

blok asrama & setiap level ada pantry yang dilengkapi 
dengan peti ais,microwave,water filter &etc


lecture theater 
(gambar kawan2 masa mula daftar tapi aku takde dalam 
gambar ni sebab daftar lewat seminggu)

laundry room
(bagi yang malas basuh baju)

1 bilik 2 orang, bilik berhawa dingin,kipas pun ada jangan risau
(gambar masa mula2 datang sini sebab tu nampak kosong lagi,
 sekarang dah penuh dengan banyak benda,hee)

meja study pun luas , almari pun besar( takde dalam gambar)

Ada lagi 3tahun 8 bulan untuk tamatkan pengajian dekat sini
semoga dipermudahkan, Amiin.

Kepada semua calon spm 2012, aku doakan semoga korang semua meperoleh result yang terbaik seperti yang korang harapkan., teruskan berdoa ye, InsyaAllah, kejayaan tu pasti milik korang. Harap-harap entry aku yang panjang & serba kekurangan ni berguna sebagai rujukan sampingan untuk korang yang sedang mencari maklumat tentang IPT  eh. Selamat maju jaya semua! 


anything? feel free to leave your comment here ^^





33 comments:

  1. terima kasih join. wahh, cantiklah bilik dia. tp ipts.. x ke mahal? T_T

    btw, saya dah follow back dan update senarai blogger --> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, ipts mahal tapi depends juga kos ap yang Husna nk ambil.. lgi satu, kalau tak silap la,yuran pun depends on our result juga, kalau result memenuhi syarat,boleh apply scholarship :) All the best Husna ye! :)

      Delete
  2. terima kasih skali lagi kak! :)

    oh yee, tarikh tamat segmen telah dipercepatkan -> 7 Feb 2013 ;) hrp maklum..

    ReplyDelete
  3. wah, ade aircon.. best best.. hehe.. tmpt pun nmpk cntik :D

    dtg dari segmen yg same :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ouh,thanks sudi singgah..nnti Ada BW dekat blog Ekatikah ye :)

      Delete
  4. oh yeee, TOLOOOOONG gerak ke blog sy, tulis di cbox samada anda pengguna celcom/maxis/digi supaya senang utk saya beli topap dulu *jika anda menang* :)

    Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak akan diambil kira untuk dijadikan pemenang :)

    ReplyDelete
  5. done follow sini . dari segmen yang sama :)

    GOOD LUCK . sudi follow back yaww <3

    http://shafynanas.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
  6. hi! salam ziarah dari UPM, wah, bestnya, bilik siap ada air cond lagi,all the best :)
    http://thobibi.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-dan-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
  7. kunjungan balas...wah...besnye la bilik ade air cond..msti sejuk je kn..gud luck dalam pengajian ea.. :)

    ReplyDelete
  8. Hai student UCSI.. ^^
    nice story..

    salam perkenalan dari student UTeM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai student UTeM !, salam perkenalan, thanks sudi singgah :)

      Delete
  9. nice =), singgah segmen saya jugak
    http://www.ubaidullahjaafar.my/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
  10. hehehe...UCSI(cheras) ni antara saingan sengit ngan U aku kalau ada design competition...ehehehe...

    ReplyDelete
  11. whoaaa.. best gak IPTS.mmg selesa habiss.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  12. singgah dr segmen yg sama..

    cantiknya bilik..siap dengan aircond..:)
    btw, sy follow & gud luck :)

    ReplyDelete
  13. dari segmen yang sama, saya Unimas, sarawak, kalau datang sana jangan lupa cari saya ya .. done follow u

    http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
  14. jejalan sini dr segmen yg sma..
    http://nazwww.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
  15. pin.. pin.. pon.. pon.. ^_^ jom melawat UPSI.

    http://kurakuramenari.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
  16. dulu salu jugak dengar pasal ucsi nie :D
    http://fardiyah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
  17. dtg sini tgok suasana IPT anda.. bestnya~ ヽ(´ー`)人(´∇`)人(`Д´)ノ

    ReplyDelete
  18. wah ,, tiptop laa bilik siap ada penghawa dingin ,, hehehe ,, nak study dalam bili pun besstt jea kan ,, pape pun tahniah =)

    ReplyDelete
  19. salam adawiyah..sy nk tnya brpa yuran awk blaja di sini ek? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Tarmizi Ali, pasal yuran tu sy tak pasti sebab sy bawah sponsorship, dtg sini just belaja je. Awk boleh check dekat laman web rasmi UCSIhttp://www.ucsiuniversity.edu.my ye. :)

      Delete

Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini