[Tazkirah Ringkas]
Kalau depan kamera kita akan 'pose' dengan baik agar gambar nampak cantik.
Kadang-kadang pelbagai gaya 'posing' yang dipamerkan tetapi kenapa kita susah
nak ikut cara Nabi solat. Kenapa kita sukar untuk mengikut sifat solat Nabi?
Kenapa kita tak perbetulkan dan perkemaskan pergerakan ketika solat?
Tapi kenapa begitu mudah kita 'pose' dengan sempurna di hadapan kamera
tetapi tidak dihadapan Allah? Ayuh koreksi semula. InsyaAllah. Tabarakallah.
Wallahua'alam.
(Sumber tazkirah: Page saudara Muhammad Samsul Bahari )
Tazkirah ringkas yang membuka mata. Betul, memang kalau jumpa kamera, confirm nak buat pose terbaik punya..mesti kena nampak perfect giler tahap tak tentu hala supaya bila upload dekat facebook atau twitter nanti orang akan komen "eh, comel la", "kiut la", dan seumpamanya. Bila ada kawan upload gambar yang 'tak perfectt'; muka senget la, tak sempat senyum la, senyum nampak gigi sebatang je, mata tertutup dan bagai2 lagi yang menampakkan diri tu tak lawa mest cepat-cepat je PM kawan suruh delete ( aku biasa buat cenggini) sebab takut kawan-kawan facebook nampak gambar tak lawa tu.
Tapi bila mengadap Allah SWT taknak pula berperangai macam ni. Time solat yang beberapa minit tu la sibuk nak fikir banyak benda. Kadang-kadang, solat pun laju-laju sampai tonggang langgang bacaan surah, pergerakan solat tu sebab nak kejar drama best yang dekat tv3 tu, takut terlepas.Kalau terlepas nanti kena tengok kat tonton pulak, itu menyusahkan. Konsepnya sama je, kalau
Bila solat tu jangan nak laju-laju sangat macam tengah lari bawa baton. Takpe ambil masa lama untuk solat sebab masa tu kan milik Allah juga. Tak rugi pun. Ingat! setiap apa yang kita miliki sekarang ni milik Allah. Kalau Allah nak tarik balik sekarang pun boleh. Mana la tahu kan, Allah nak tarik nyawa masa tengah syok menonton drama yang best tu dan masa tu juga kita sengaja lewat-lewatkan solat sebab taknak terlepas part-part yang sweet. nauzubillah, kita meninggal tanpa sempat kita tunaikan solat yang sepatutnya jadi solat terakhir kita pada hari tu kan. Ruginya. macam mana la nasib kita dekat akhirat kelak kalau perkara ni berlaku. Mohon di jauhkan.
Mari bermuhasabah dan berubah! :)
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini