Thursday, 24 January 2013

Sanah Helwah ya Rasulullah

Assalamualaikum

It's the 12th of r'awal. Our Prophet Muhammad's birthday :). Peace be upon him.
Ayuh kita berselawat

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Allahuakbar! aku rasa sungguh bertuah dan beruntung sekali kerana dilahirkan  sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W kerana  dengan  hanya berselawat ke atasnya kita akan menerima syafaat daripada baginda di akhirat kelak, InsyaAllah.

 MasyaAllah, satu nikmat yang tak tergambar kemanisannya. Sungguh penyanyang Nabi kita kepada umatnya kan.  Jadi, mari berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ni dan janganlah sekadar berselawat pada hari ini sahaja oleh sebab hari ni adalah hari kelahiran baginda. Jadikan amalan berselawat ni sebagai amalan harian kita ye :) 

sumber: facebook

Rasulullah begitu sayangkan umatnya sehingga kan ketika malaikat Izrail datang menjemput baginda bertemu Ilahi pun baginda masih menyebut-nyebut umatnya, "Ummati, ummati, ummati!" . Allahuakbar! tak tergambar betapa penyanyangnya Rasulullah.
Bagaiman pula dengan diri kita? adakah kita menyanyangi Rasulullah sebagaimana baginda menyanyangi kita? Tepuk dada, tanya iman :)

Sebelum kita tidur, jangan lupa amalkan sunnah Rasulullah ni ye :)

PESANAN RASULULLAH SEBELUM TIDUR

Sebelum tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 3 perkara iaitu :
1. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
2. Membuatkan para muslim meredhai kamu
3. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim
sumber: Mr Google

Adios.




3 comments:

Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini