Assalamualaikum & selamat malam!
Eh, dah Julai dah, cepat betul masa berlalu. Apa pun, semoga bulan Julai ini dan bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba beberapa hari lagi akan menjadi antara bulan yang terbaik buat kita bagi tahun 2013. Semoga kita semua dipanjangkan usia agar berkesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan. InsyaAllah.
Oh ye, aku juga nak berkongsi sedikit ilmu yang aku terbaca sebentar tadi, semoga bermanfaat buat kita semua ye.
Antara 10 amalan terbalik yang yang sering kita amalkan namun kita tidak sedari bahawa amalan tersebut sebenarnya terbalik dengan apa yang agama kita anjurkan.
1. Amalan
kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas
sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah
terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah
menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk
meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga
tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja
untuk mereka yang datang membaca tahlil.
Tidakkah
mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan
harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati
yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin
Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk
keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau
hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi
(hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam
tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau
ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau
menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan
untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika
menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak
tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang
saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau
menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan
sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang
dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah
rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau
bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.
Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang
dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan
puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi
kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang
Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam
setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.
Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak
mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke
Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri
dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat
kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini
terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua
ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka
dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak
boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen
baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru
tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada
Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar
tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika
anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau
bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi
kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.
Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak
datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi
nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang
isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi
berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut
seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.
Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini