Berbagai jenis hijab yang boleh didapati di pasaran sekarang ni, & semakin ramai juga yang menjalankan perniagaan online yang menawarkan pelbagai jenis hijab dengan harga yang berpatutan. Video tutorial untuk menggayakan hijab dengan pelbagai cara pun banyak di upload ke laman Youtube. Sebagai muslimah yang sentiasa up-to-date tentang fashion, tak salah pun kalau kita nak ikut trend pemakaian hijab masa kini tapi biarlah mengikut syarak, tak kira lah apa jenis hijab yang kita pakai sekalipun tapi mestilah menutup dada seperti yang dianjurkan oleh islam. Tak cantik tak mengapa, asalkan aurat dijaga dengan sempurna. Bila aurat terjaga, pastinya Allah jaga, kerana itu perintahnya. InsyaAllah
Tazkirah ringkas ini dipetik dari page Muhammad Samsul Bahari. Renungan buat kita bergelar muslimah. Moga bermanfaat, InsyaAllah.
Barang yang eksklusif selalunya 'mahal' dan sukar diperoleh. Umpama mutiara didasar lautan, suatu perkara yang sukar diperoleh dan nilainya mahal. Analogi lain seperti cincin emas yang mahal, selalunya diletakkan dikotak yang cantik dan kemas, selepas itu dipamerkan didalam cermin kaca yang berkunci.
Inilah antara perumpamaan 'AURAT' seorang wanita. Mereka yang merasakan dirinya berharga. Mereka tidak sewenang-wenangnya mempamerkan aurat mereka kepada khlayak ramai untuk dipertontonkan kerana bagi mereka 'AURAT' itu merupakan suatu perkara yang amat 'BERNILAI' dan perlu dipelihara.
Mereka bersusah payah memastikan auratnya dipelihara demi meraih ganjaran syurga diakhirat kelak serta demi meraih keredhaan Allah SWT. Bagi mereka, mereka diciptakan oleh Allah SWT dan pasti akan kembali kepadaNya jua. Maka mereka menerima perintah ini dengan ikhlas tanpa sebarang berdolak-dalih kerana hukum menutup aurat adalah 'WAJIB' di dalam Islam.
Seorang hamba yang diciptakan olehNya tidak layak menafikan hukum yang telah dikeluarkan oleh Allah SWT. Maka mereka mematuhi arahan ini dengan sepenuh hati.
Adakah kita tergolong dalam golongan seperti ini atau sebaliknya? Ayuh koreksi!
"Aurat dipelihara, Maruah dijaga, Terlepas seksa Neraka, Terlindung daripada gangguan lelaki durjana" Tabarakallah. Wallahua'alam.
#IslamIndah
every words, every sentences are really meaningfull. Masya-Allah..
ReplyDeleteMudah2an Allah menguatkan iman ku.. terima kasih atas entry ni.. :)
InsyaAllah.. sama-sama :)
Delete