Monday, 28 January 2013

#Tazkirah

Assalamualikum

Sedikit perkongsian, sebagai peringatan buat kita semua untuk terus berusaha menjadi hamba Allah dan umat Nabi Muhammad yang lebih baik. InsyaAllah :)


Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulullah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."

Sollu 'alan nabi.


sumber: Google


#SalamMaghrib 

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by! Tinggalkan jejak anda disini