Wednesday, 20 March 2013

Tests

Assalamualaikum


People used to think that tests only come in the form of hardships. ALLAH also tests us with ease. Beauty, wealth, intelligent and etc are a test as well. And it's often in the test of "ease" that we fail most.




Let's think for a while;

ALLAH gave you money, status, beauty, intellect, health. 
Are you using those things as HE wants or as you want?
ALLAH made you beautiful. Are you covering it?
ALLAH made you intelligent, are you arrogant?
ALLAH made you rich, are you generous?
ALLAH surrounded you with gifts. Are you grateful?
Are you depending on the money, the status, the people, your own self or on ALLAH?




#HappyWednesday #BeBlessed



Friday, 15 March 2013

Renungan

Assalamualaikum.
*pesan buat diri sendiri, terutama aku, jangan lengah-lengahkan solat. Mati tu bila-bila masa saja Adawiyah.

credit:  Fanpage  Oh My Islam

#SalamJumaat

Monday, 11 March 2013

Neraka Hawiyah

Assalamualikum

Tahukah anda Neraka Hawiyah adalah neraka yang paling panas, paling dalam, paling jauh dari dasar..di mana terdapat satu telaga tempat keluarnya api panas, dan apabila bila keluarnya api..neraka-neraka lain meminta perlindungan dari Allah supaya tidak terkena panasnya api tersebut, lihat betapa panasnya neraka Hawiyah. :'(

Kesalahan :
1. Tidak mahu menerima syariat islam.
2. Tidak menutup aurat.
3. Pakai sutera dan emas bagi lelaki.
4. Cari rezeki cara tak halal.
5. Makan riba.


Allahurabbi.
Assalamualaikum

Within a week, Allah already took two person in our family.
Last wednesday, He took Paklong from us and
today wan Milah 'met' Him too.
May Allah blessed upon both of you. Amin.

Al-Fatihah

Saturday, 9 March 2013

simpanan kematian

Assalamualikum

Sudah 2 hari paklong pergi menghadap Ilahi. Masih lagi tak percaya, tapi itulah realiti yang harus diterima. Walaupun luaran aku nampak biasa, gelak tawa & senyuman tak lekang dari wajah aku tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa aku rasa kehilangan.

Masa dapat berita pasal pemergian arwah, frankly speaking I really need a shoulder to cry on and I need someone to say 'semuanya okay Adawiyah', aku perlukan kata2 semangat. but I don't really hope any of my friends would do it to me and that's okay. Aku pujuk diri aku sendiri. then angah (akak) called, tanggapan aku "mesti angah nak pujuk & bagi kata2 semangat macam biasa setiap kali aku sedih" tapi aku salah. Kali ni dia tak kuat,dia sendiri tak mampu pujuk diri sendiri. Dia menangis dan kali ni aku yang perlu bagi dia moral support.

Paklong, seorang yang 'berbeza'. ya, 'berbeza'. aku tak pandai nak describe macam mana, biarlah aku dan keluarga saja yg tahu 'beza' tu. Beliau sangat sukakan budak2. masa aku kecil2 dulu, beliau sangat manjakan kami adik beradik & sepupu aku yang lain. Bawa pergi kedai pun berdukung (duduk atas bahu beliau).

Arwah juga masih lagi bujang, belum berkahwin. Mungkin jodoh tiada di dunia agaknya. Ma & abah selalu pesan, nanti bila dah besar, jangan sombong dengan mana2 mak atau bapa saudara sebab diorang tetap keluarga no matter what they did to our family. & the most important thing yang ma pesan adalah, nanti paklong dah tua, tolong jaga paklong sebab beliau takde isteri & anak untuk jaga beliau di hari tua macam orang lain. Tapi Allah itu maha Mengetahui, Allah terlebih dahulu ambil paklong dan jaga beliau buat kami. Allahuakbar!

"kalau paklong mati nanti, paklong taknak susahkan sape2" teringat kata2 beliau masa hayat beliau. Ya, memang beliau tak susahkan ahli keluarga untuk menguruskan jenazah beliau. Paklong seakan dah prepared. Mungkin juga kebetulan, wallahualam. Hanya Allah yang tahu. Tiada sesiapa pun dalam keluarga kami yang perlu keluarkan duit bagi menguruskan jenazah beliau, semuanya beliau dah sediakan. Masa pihak hospital serahkan dompet milik arwah, arwah tinggalkan RM2000+ dalam dompet beliau. Agak terkejut because we know how he was. Ma cakap mungkin paklong tahu beliau akan 'pergi' sebab tu beliau dah sediakan duit untuk memudahkan keluarga uruskan jenazah beliau.

Dan aku mula terfikir, macam mana kalau aku mati nanti, adakah aku aku menyusahkan keluarga aku? aku tiada simpanan untuk hari kematian aku. masa hidup & hayat aku pun aku dah cukup menyusahkan abah & ma dan aku taknak menyusahkan mereka lagi waktu pemergian aku. Mungkin aku patut menabung dari sekarang sebagai persediaan untuk menampung segala perbelanjaan bagi menguruskan jenazah aku nanti. Ya, duit untuk masa depan sebab no matter what kind of future we will face, we still need the money either for living or 'leaving'.

Paling menyedihkan adalah aku tak dapat nak balik. Aku tak dapat nak tengok wajah beliau buat kali terakhir. Tapi takpe, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Semoga Allah ampunkan segala dosa paklong, tempatkan paklong dalam kalangan orang yang soleh & sentiasa tenang di sana. Al Fatihah.

Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah jadikan sesuatu bersebab dan sebuah kematian jugak ada hikmahnya iaitu Allah inginkan hambaNya yang masih hidup ini mengambil iktibar darinya. Mati itu pasti & bila-bila masa sahaja. Wallahualam. 

Sudah bersediakah kita?